Thursday, August 23, 2012

FABULOUS 4

Layar Impian
Ella
 
From left: Hajar & Hafiz
SN
 
Do I look fat?
Yes, replied the waiter innocently.
 
Kalau aku jadi orang yang bertanya tu, surely akan stress. Tapi memandangkan aku hanya orang yang mendengar, aku hanya gelak besar. Itulah, gatai bebenor bertanya soalan yang bukan-bukan.
 
Bukan salah waiter tu. Selepas gelak besar, kami buat post moterm pasal jawapan waiter tadi. Semua bersetuju yang waiter tu assume soalan tadi was "Do I look good?". Ni bukan nak jaga hati kawan punya pasal, tapi ni betul. Jarang-jarang orang tanya soalan yang mula-mula tadi.
 
By the way, sesekali jumpa, banyak je cerita yang menarik. Secara rasmi, Hafiz dah menamakan kami, Fabulous 4. Sebenarnya nak sebut Fantastic 4, the movie tu, tapi dia tersasul. Macam-macam.
 
EMO is ME
 
Gambar ni telah menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa orang kawan-kawan terdekat:
 
Bro, tak yah la letak gambar zaman muda - by Husaini
You nampak macam Alien - by SN
 
Aku senyum sudah. Betui la kot, HL membantu, gua nampak muda 10 tahun. Hahaha

Ramadhan 1433H
# buffet ramadhan at The Apartment was great, the food of course...
# eid mubarak to all

Friday, August 17, 2012

RAMADHAN 1433H: BROTHERHOOD NEVER ENDS

Lebaran Ini
Raihan & Rem

Jauh Mari & Thank You

Kedai Nasi Kukus Ayam Dara - 1100PM
Dah pukul 11 malam, mata pun dah mula mengecil. Perut memang tak lapor lagi sebab berbuka puasa di Tonka Bean Cafe sebelum tu. Sempat singgah masjid KLCC dulu sebelum proceed ke lokasi sterusnya. Adik-adik nak jumpa Abang Long. Maklum lah, semua kerja seberang laut, sesekali balik sini, nak jumpa la abang long. Sambil-sambil tu, abang long kena la belanja depa. Takpa, sebab sanggup jumpa, takde hal lah. 

Tapi menunggu si Amad & Afi, sangat meletihkan. Lambat bebenau. Dah la abang long pakai kopiah, sebab rambut tak bape nak molek malam tu. Tunggu, punya tunggu, punya tunggu, dekat tengah malam jugak la baru sampai dua sahabat ni. Takde hal, walaupun abang long dah nak terterap atas meja makan nunggu korang.

Yang penting, enjoy dapat jumpa sekali sekala.

Paling penting, key takeaways adalah PAPADOM.

theEMOman

# sekali berkawan, selamanya kawan...
# selamat Hari PETRONAS

Thursday, August 16, 2012

RAMADHAN 1433H: DUA DALAM SATU

Milik Siapakah Gadis Ini
Black & The Typewriter 
The Proud of Malaysian

We definitely will never know what would happened in life for sure. But, we can sure, when we do thing deeply from our heart, there is someone, and might be more will be beneficial from it. A friend of another friend dropped a comment on my instragram asked whether I can helped him to find a place to stay since he will be a part of my current company.

Alhamdulillah, managed to get him the place since there was a friend who is looking for another housemate. My friend thanked me for that (finds him another housemate to occupy the third room). 

"Thanks sebab dapatkan aku housemate bro!"

My simple replied to him "Memang rezeki ko, Allah guna aku as orang tengah". In other words, I do nothing actually. My intention was to helped the other friend, but somehow, I just did for two.

"Cantik susunan tu" replied him to me.

END


# buatlah kebaikan selagi termampu, kerana kebaikan itu pasti mampu mengembirakan yang lain...
# i do what i just love doing, not looking for any appreciation then...

Tuesday, August 14, 2012

RAMADHAN 1433H: LUPA ATAU TAK TAHU




Mungkin ada yang tak tahu, sebab mungkin tak pernah nak ambil tahu. Annoying muslim habit, specifically Malaysian:

Habit #1
Masa tengah ambil wuduk, tak perlu la nak tepuk air ke muka sampai mercik pada orang sebelah. Kafiat berwuduk adalah meratakan air keseluruh angota wuduk. Dalam kes ni, muka. Tak cukup ko tepuk air ke muka, masa nak ratakan air kat tangan pun, ko punya tempias, mcm nak basuk kete. 

Habit #2
Yang lelaki pulak, kain pelikat bila last basuh ntah la yang dipakai. Tu belum kira kopiah yang dah berkepam. Be considerate please. Ko memang tak bau, sebab dah immune, tapi orang yang kat sebelah tu, jenuh nak bernafas. 

Habit #3
Baca Al-Quran dalam masjid/surau, dengan kuat, sehingga mengganggu jemaah yang sedang bersolat. Especially solat Fardhu tu la. Paham nak buat benda baik, tapi yang ko tengah buat tu sunnat, orang yang lain tengah buat yang Fardhu. Even yang jadi makmum pun tak bole nak baca kuat-kuat sangat sehingga mengganggu makmum sebelah, paham-paham la yang lain-lain tu. 

Tu belum kira lagi yang makan petai, hisap rokok, yang sendawa bagai time solat jemaah. Stress jemaah-jemaah yang lain.

Tak salah nak buat benda baik, tapi pakai otak & tengok sekeliling...

# penat sebab kena tukar tempat banyak kali due to Habit #2 & #3.
# nak beramal kena berilmu

Thursday, August 2, 2012

RAMADHAN 1433H: AWAL

Mana Oh Mana
Aizat

Langit Pagi 01082012 0700hours

Fuh, dah dua hari aku datang opis awal. 730 pagi dah siap on laptop. Awal lah tu. Selalu, pukul 800am baru nak gerak dari rumah. Bila gerak ke office lebih awal dari kebiasaan, dapat permandangan yang berbeza. I love it.

Budak-budak ke sekolah
Untung budak-budak sekarang, ada mak, ada ayah yang hantar ke sekolah waktu pagi, dan ambil lepas habis waktu sekolah. Zaman aku dulu, naik bas sekolah je. Bas sekolah ada 2 trips, yang nak ke sekolah sedikit awal, bas gerak 630pagi, dan yang nak masuk sekolah dekat-dekat waktu loceng nak bunyi, pukul 700pagi. When was it? 19 years ago!!Ada jugak yang aku nampak tengah tunggu bas kat tepi jalan dalam kawasan taman perumahan, ada jugak yang berbasikal. Well, bila dah masuk sekolah menengah, memang basikal adalah kenderaan rasmi budak-budak remaja macam aku dulu. Takde hal, cakap je nak ke mana, jauh pun terasa dekat. Tapi la ni, nak pi kedai kat taman sendiri naik basikal pun rasa jauh. Lagi sanggup naik keto. Haih.

Jalan raya
Masa keluar awal ni jugak, dapat la tengok kereta, van, lori dan lain-lain kenderaan memasang lampu kereta masing-masing. Gerak dari rumah pukul 7 pagi kot, masih gelap. Yang paling penting, tak yah buka aircond! Sejuk. Cuma rugi, sebab tak bole pagai shade. 

Parking
Dan ini yang paling best! Dapat first parking lot yang luas, dan paling dekat. Bagus dan tak bagus. Bagus sebab parking lot tu luas (nak cakap keto den bosa la sabonar ea). Tak bagus sebab akan kurang berjalan ke office. Kalau dulu mai office lambat (still dalam waktu Flexi), kena parking kat hujung-hujung, sahih la kena berjalan jauh sedikit untuk sampai ke workstation. Bagus ni sebab bersenam la katakan. 

EMO is my BOSS NAME! Officially!

# hendak seribu daya...
# jamah nasi semalam, last makan nasi 2nd puasa time sahor. tanjat perut!!!
# on chapter 18, few pages to 19...

Saturday, July 28, 2012

RAMADAN 1433H: ALHAMDULILLAH

Jalan Cinta
Sherina


Bulan 'kertas' belum tamat lagi. Banyak betul 'kertas' yang perlu disiapkan. Alhamdulillah, ada boss yang sangat memahami, ada anak-anak buah yang rajin, walaupun degil, tapi rajin, takpe. Dan yang pasti, sejak seminggu mula berpuasa di pejabat, hanya sehari berjaya berbuka puasa di rumah. Yang lain-lain, semua dalam kereta. 

Was expected a something better announced masa department meeting, unfortunately, still sama. Masih lagi kena cover the other position. InsyaAllah. Takat kena cover 1 lagi position je pun. Bukan kena pergi berperang pun. Trust from boss-boss dan kawan-kawan, InsyaAllah saya boleh redah lagi. Mana tau, sesuatu yang lebih baik menanti, amin.

Hari ini, hari sabtu, terpaksa datang ke pejabat. Siapkan kerja-kerja yang tak mampu nak disiapkan masa waktu kerja. Tapi yang pasti, hari ini takkan berbuka dalam kereta lagi. Hehe...

EMO is WADING

# complaining doesn't solved the problem, find the solution...
# layakkah kita menjadi debu-debu di kaki Rasulullah?

Thursday, July 26, 2012

RAMADAN 1433H: BULU AYAM

Takbir Cinta
Amy Search ft Yasin

Berjalan melihat langit, memberi satu kepuasan yang berbeza

Alhamdulillah, tahun ni, awal puasa aku dapat balik ke kampung. Walaupun tengah sibuk-sibuk dengan 'kertas' tapi dapat jugak gegas-gegas balik ke kampung. Sambut 1 Ramadan dengan abah memang moment paling best. Despite berbuka makan yang best- best la.

Bunga Kuchai

Syukur juga aku makin rapat dengan semua ahli keluarga. Aku yang jenis kecoh-kecoh ngan kawan-kawan, yang suka buat lawak dengan kawan-kawan, tapi character dengan ahli keluarga sangat lain. Kecuali dengan abang yang ketiga. Sejak pindah ke Melaka, dah mula rapat dengan abang yang sulung. Sekarang, dengan adik yang bongsu. Kalau dulu kecik-kecik, dia lah kawan aku, dan dia jugak lah musuh aku. Tapi masa merubah segalanya...aiseh! Well, usia makin meningkat, plus dah merantau merata belajar, makin rengang hubungan dengan ahli keluarga. Bukan sebab tak kamcing, cuma aku tak berapa nak ada idea untuk berbual-bual dengan ahli keluarga. Tapi Alhamdulillah, anak-anak buah yang ada, merapatkan balik hubungan aku dengan ahli keluarga. Pelik, tapi benar. Bising di luar, Pendiam di dalam.

EMO is being CONTROLLED well

# carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum kembali

Wednesday, July 18, 2012

MEN ARE FROM MARS

Ku Milik-Mu
Maher Zain

First Item that I Bought with My First Performance Merit

Dua Sahabat Lelaki Berbual


Sahabat 1: Ko pakai kereta apa sekarang?
Sahabat 2: ?????

Sahabat 1: Aku selamber je melawan cakap boss aku tadi...
Sahabat 2: Aku hari tu lagi, selamber je balik walaupun boss suroh buat kerja...

Sahabat 1: Aku ingat nak tukar kereta la...
Sahabat 2: Tukar la, minggu lepas baru aku usha kereta baru jugak...

Dua Sahabat Perempuan Berbual

Sahabat 1: Awak tau tadi, saya nampak si budak tu pakai make-up tebal...
Sahabat 2: Takkan awak baru perasan kot?

Sahabat 1: Alah dia tu, berlagak betul...
Sahabat 2: Tau takpe...

Sahabat 1: Takde taste la laki tu. Budak pompuan macam tu pun dia nak...
Sahabat 2: Ntah, macam la takde perempuan lain kat dunia nih...

Kesimpulan
Dalam keadaan separa sedar, atau lebih tepat tidak sedar langsung, perbualan sehari-hari antara sahabat-sahabat lelaki berbeza dengan perbualan sehari-hari antara sahabat-sahabat perempuan. Nyata, lelaki lebih gemar bercerita tentang kehebatan diri mereka sendiri. Kira macam up diri sendiri la. Aku pun kadang-kadang macam tu jugak. Ternyata aku lelaki. Hahah.

Manakala perempuan, lebih gemar bergosip. Opss...Tak mungkin saya salah 100%. Sebab melalui pemerhatian, atau lebih tepat, pendengaran, perkara ni benar-benar berlaku. Betul. Kalau tak percaya, lepas ni, cuba dekati kelompok-kelompok jantina ini berbual. Pasti akan ketemu kepastian seperti di atas.

Tak tepat sepenuhnya, tapi hampir keseluruhannya tepat. Acu cuba try test tengok....

BOSS is still trying to steelsteal my EMO title...Haip!

# "belum jadi boss lagi, semua dah monitor..." saya anggap ini perkara +ve
# berpuasa bererti menahan diri dari lapar & dahaga, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa....
# was saving this 500th post for something special, but I guess, I have to wait...

Tuesday, July 17, 2012

SUNYI

Sendiri
May

Looser are posing - Winner, holding the camera! 

SUNYI didefinasikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai "tidak bising sedikit pun" atau "sepi".

Kawan-kawan ramai yang settled down. Almost semua dah berkeluarga. Ada jugak yang dah beranak pinak. Bila dah sampai stage ni, rasa "sunyi" tu datang la. Nak hang out pun dah takde kaki lagi. Semua ada priority tersendiri. Alamatnya, aku jadi penunggu dalam rumah, yang asyik layan movies and tv series je la. 

Sesekali, if ada yang mengajak untuk hang out, rasa bertuah amat. Yelah, dah kurang kawan-kawan untuk hang out. Paham-paham je lah. 

FINAL EURO 2012
After few years, aku kembali main board game, or some people call it "NERD" games. But, it was a very interesting board game. Plus dapat pulak pesaing-pesaing yang sorang-sorang perangai tak senonoh dan kalut. Dan paling best lagi, aku juara on the first round. Terbaik! Tertukar mood pulak. Bila teringat benda-benda yang seronok, memang kita akan rasa happy. 

Aku masih rasa sunyi....

# Rasulullah dermawan, seperti angin yang berlalu...
# 3 hari lagi....

HUJUNG MINGGU YANG JAUH...

Patahnya Sayap Malam
Massa


Dulu, masa tengah makan, Kak Rohana tegur, "Zaid makan ambil yang jauh dulu rupanya. Ni nanti mesti kawin dengan orang jauh ni..."

Memang jauh kak, tapi bukan jauh orang, jodoh yang jauh. Sampai la ni jodoh belum sampai. Jauh bebenor. Well, aku pun tak perasan gaya makan aku. Tapi lama kelamaan baru aku sedar. Lepas Kak Rohana tegur la. 




Hujung minggu yang sibuk. Teman dak daus ke ipoh untuk century ride 160km. Aku yang tengok lak rasa penat. Well, jadi driver hujung minggu. Bukan selalu. Free time macam ni, boleh la aku tolong kawan-kawan. Dah dia minat, temankan aje la. Sian lak kalau dia gi sorang-sorang. Jumpa Anuar Manan pulak tu. Haha. Tapi tak amik gambar la, sebab macam tak sure, tu dia. Dah balik hotel baru google gambar. Soheh dia.

Jauh perjalanan aku hujung minggu baru ni. Sampai KL lambat, seorang lagi kawan mintak tolong ambilkan kunci kereta dia di Putrajaya. Detour aku masa nak balik ke Melaka. Singgah Putrajaya. Hujung minggu yang letih. 

LEGA dapat tolong kawan-kawan

# just says ALHAMDULILLAH, instead YES...
# a friend invited me for a family dinner....

Thursday, July 12, 2012

EMO BERALIH ARAH

Suratan dan Takdir
Gersang


Minggu ni, Encik Boss aku ni asyik EMO je. Dia kan tau yang emo tu khas untuk aku. Mana boleh nak rampas my middle name tu. Siot je. Well, dah masuk 3 hari dia emo. Macam-macam hal la yang dia emo. Especially emails from KL office. Tapi yang semalam la paling legend. Pagi ni, awal-awal pagi dah datang kat tempat aku nak story pasal dia punya darjah emo pasal email-email semalam.

"Rilek la boss, jangan la emo pagi-pagi. Take it easy" pandai pulak aku nasihatkan Encik Boss aku nih.

"Ye la, aku emo la, Siot betol diorang ni" balas Encik Boss yang masih dalam keadaan emo lagik.

Dah, malas nak layan boss emo pagi-pagi. It is not good woh, kalau emo pagi-pagi. Nanti kacau motivasi untuk bekerja sepanjang hari.

09072012 / motivasi bekerja terganggu

0900 hrs - "Apasal inventory impact yang ko bagi ni tak sama pulak dengan report last month?" by boss

0901 hrs - "Report yang mana boss?" Aku yang dalam hati sudah gegar. Salah ke data aku bagi?

0902 hrs - "Last month dalam report number lain, ni ko bagi kat aku dah lain. Ko dah ikut procedure baru ke?" by boss

DOWN - baru pukul 9 pagi. ada lagi 8 jam sebelum pukul 5 petang!!!Macam mana nak kerja nih.

0904 hrs - Godek-godek report last month, betul je number aku bagi nih.
              - Godek-godek master file: "Aha!!!Dah jumpa..." Muka gembira sebab dah tau data aku betul

0907 hrs -  Boss lalu tepi workstation sebab nak gi toilet, aku tahan.
                 "Boss, betul la number I bagi kat you. Yang you amik last month untuk report tu bukan company 
                  level punya inventory impact. Yang I bagi tadi tu company level" muka gua senyum 
                 "Hahaha....yang ko bagi company level apasal?" senyum, lepas tu blah gi toilet

UP - Fuh Alhamdulillah lega, tak sampai 10 minit downtime aku.

EMO still my middle NAME

# soalan terakhir boss tu buat aku puashati, sbb dia ngaku dia salah walaupun dalam bentuk soalan
# ramadhan dah dekat : "Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat, maka seumpana seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain, dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain" Ibnu Huzaimah, Baihaqi & Ibnu Hibban

Wednesday, July 11, 2012

BERTAHAN, TERUS BERTAHAN...

Bunga Larangan
UG14


Lately rasa macam kena buli dengan boss-boss je. Kena arah buat itu, kena arah buat ini. Balik je rumah, otak memang total shutdown. Dah tak mampu nak layan rancangan-rancangan kat tv macam dulu. Sekarang ni dok kecoh-kecoh pasal Devaju di Kinabalu kat tv. Setakat mampu tengok preview kat youtube je. Tiz Zakiyah. I like!!!

Deviated pulak. Banyak benda la nak kena pikir lately nih. Serius letih. Larat ke nak bertahan ni. Risau meletup je. Orang kat office ni semua dah balik. Tinggal gua sorang-sorang. Sambung buat kerja untuk CEO review tomorrow. Hari ni ada makan-makan durian. Encik GM belanja staff makan. Unfortunately, aku tak bole nak join. Ada trial utk satu ekspidisi. Tak kesah sangat pun, sebab aku tengah diet sekarang nih. Haha!!!

Dan yang paling best, ada yang pergi makan-makan, walaupun kerja tak siap. Makanya, aku la yang dok kat opis ni, kena sambung kerja-kerja korang semua. Esok tak tau la apa akan jadi. 

EMO is my Middle name

# mohon dipermudahkan ujian dunia yang tak seberapa nih
# 945pm, belum solat isya'

Tuesday, July 10, 2012

ENAM TAHUN SUDAH...

Sinar Ini
Yasin ft Maya Karin

Tak sangkat, pejam celik, pejam celik (ayat ni sangat cliche), dah exactly 5 tahun aku dah bertapak kat Melaka ni. Dah masuk 3 CEOs, 2 GMs, 3 SMs and beberapa ramai lagi lah. Dan dah beberapa kali aku rasa nak resign. Tapi takat rasa je la. Sebab belum jumpa lagi tempat yang sesuai untuk cabut lari. Mungkin kena buka bisnes sendiri baru bole lari kot. 

Dalam 5 tahun ni jugak, macam biasa la, banyak memori yang terpahat (kat mana terpahat tu tak tau la). Or better said as knowledge and experiences here, memang awesome. Sampai satu tahap tu, dah rasa macam menyampah pun ada. But, tu lah pengalaman hidup bekerjaya. Tak pernah sangka mampu survive sampai hari nih.

Tapi, tahun kelima ni bagi aku tahun paling best setakat ni lah, dan jugak tahun paling tak best sepanjang kerjaya aku. Macam la dah lama sangat kerja. Cukup takat tu. Makin lama, makin tinggi pulak tanggungjawab. Banyak gak cover kerja kawan-kawan yang bercuti lama without proper handover. Nasib la kan. Alhamdulillah, survived till now. Serius gua tak sabar tunggu orang yang dicover tu balik minggu depan. 


Dah kembali berjinak2 dengan sukan kegemaran - bot naga!
Tapi, every saturday kena travel to Putrajaya, from Melaka. Kerana minat, ku turutkan jua

Achievement paling mantap setakat ini. Berjaya bawak 2 org masuk Fun Run 7KM.
Thank you ye En Keron & Cik Kim. Next kita pi Penang pulok.

Almost Famous, sekali lagi beraksi. Tapi kecundang.
Thank you En Mail, Cik Kim & Cik Say. Kita famous sudah hari tu.

Stress-stress pun tak guna, kerja kena jalan jugak. Semua ada 24 jam sehari. Yang penting, dapatkan kawan-kawan yang mampu kita kongsi masa susah juga masa senang. Bukan mudah, tapi ada. Dan yang lagi penting, apa yang kita buat, tak perlu harapkan balasan. Sebab, Allah dah sediakan semua benda tu, cuma cepat atau lambat saya. 

EMO itu SAYA

# Life either a journey of adventures, or nothing.

Thursday, May 24, 2012

DAH TAK EMO, DAH TAK ...

International Love
Pitbull ft Chris Brown


Energy untuk berkerja di pejabat makin menjadi-jadi. Tambahan diusik oleh kawan-kawan lain.

Suasana #1
Akak A - Nanti nak duduk kat cubical mana?
Aku - Duduk tempat saya ni la kak. Nak pindah ke mana pulak nye?

Suasana #2
Akak B - Jaga-jaga, nanti korang report kat dia....
Aku - gossip liar semua ni

Suasana #3
Minah A - Apa maksud nama hang? Aku nak google kejap la...
Aku - Sila-sila....
Minah A - Pertambahan or Kelebihan. Patut lah hang over....
Aku - ????

Suasana #4
Minah B - Dia dah lain sekarang, dah tak emo dah. Dia pun dah tak kedek dah....
Aku - @#&*#&*%^$&@(*&#U()*@()*#

Well, aku tak perasan sangat dengan statement terakhir tu. Tapi tengah mandi before balik dari opis, baru aku perasan. Apa motif Minah B cakap "dia pun dah tak kedek dah..."?. Seriously, those people yang kenal aku, takkan cakap macam tu. But, aku just pelik, sebab Minah B ni dah lama kenal aku. And how come she said that about me???

Aku tak beli hati orang dengan duit. Apa yang aku buat, atas apa yang aku rasa betul. Dan aku tak perlu nak buktikan pada sesiapa, sebab nanti diorang akan tau sendiri jugak.

TYPO is my NICK

# hidup kena selalu bersangka baik...sebab nanti yang buruk diri sendiri...

Monday, May 21, 2012

HADIAH...

I Need A Doctor
Eminem

ni ape jenis punya perangai nih....

Status update aku kat FB mendapat respond dari beberapa orang. Secara jujur, aku memang agak emosi, maka aku salurkan ke FB. Bukan untuk tarik perhatian, cuma kadang-kadang, bila baca response dari kawan-kawan, aku akan sedikit lega.

Situasi 1
Ada kawan yang menjemput kita untuk hadir ke majlis resepsi dia. Dialog standard yang kita akan dapat, "Jangan lupa bawak hadiah..."

Situasi 2
Pasangan kawan baru dikurniakan seorang cahaya mata. Kita pun sms, "Tahniah...". Then kawan tadi akan balas, "Thanks...Baby mintak hadiah..."

Situasi 3
Dapat jemputan untuk 1st birthday celebration untuk anak kawan kita. Online kat FB, nampak event invitation. Kita pun click, "Birthday Baby Ryan". Kita pun click "Attend". Tiba-tiba dapat reply kat FB, jgn lupa bawak hadiah bro....

Pendapat aku:
Secara sejujur-jujurnya, aku memang takkan bawak hadiah bila ada "standard dialog" kat atas aku dapat. So sorry, aku tak nak susahkan diri aku untuk "penuhi" permintaan orang lain. Mungkin ada yang rasa tu gurauan, tapi bukan gurauan kosong. Gurauan yang penuh harapan. Buat kenduri bukan main besar, tapi still sibuk nak mintak hadiah kawin dari kawan-kawan. Buat birthday party anak bukan main kat merata-rata, tapi untuk hadir, kena bawak hadiah jugak. 

Perlu ke nak pesan bawak hadiah? Cubalah untuk hidup tidak meminta-minta....

EMO is my MIDDLE Name...

# hanya 3 org bayi yang aku aware bole berkata2 ketika kecil - Isa binti Maryam, Bayi Masyitah & sahabat Juraij...
# ada sahabat cakap, bila aku tak emo, tak best....haih...

Wednesday, March 28, 2012

JANGAN LUPA...

Everybody Has A Dream
Jessica Sanchez

Ni kira souvenir la kot, walaupun aku pesan untuk diorang beli as aku nye collection...

Bro, jangan lupa souvenir ok!

Well, tu ayat yang kita selalu dengar bila orang dapat tahu kita tengah plan or dah confirm untuk berehat dari pejabat, dan pergi vacation. Not limited to vacation only aku rasa, but, kalau dapat outstation to any interesting place, surely, akan dapat the first statement kat atas tu.

Ada member tanya - Bro, tak mintak apa-apa buah tangan dari orang gi Abu Dhabi ke?

Aku balas - For me, there is a special definition of Sorviner....

Wikipedia
souvenir (from French, for a remembrance or memory),[1] mementokeepsake or token of remembrance[1] is an object a person acquires for the memories the owner associates with it.

Well, aku memang tak pernah mintak any souvenir from kawan-kawan yang gi mana-mana. Wikipedia dah bagi jawapan kat atas tu.

Token of remembrance...Individu tu akan beli something dengan sendirinya, if dia ingat kat kita. So, kenapa nak meminta-minta? Kan menyusahkan kawan yang tengah syok bercuti. Kalau gi negara-negara yang currency rendah compare to Malaysia okaylah, bayangkan kalau gi UK, US, OZ, Jepun dan sealiran dengannya, pening kepala jugak. 

Thanks to Sayra sebab she gave me this nice thought - It is not the value, but the thought counts the most. Ayat ni aku dapat masa aku beli fridge magnet yang murah for her masa visit somewhere (sorry, wa dah lupa, sign of ageing...)

LOVE, ZAID...

# macam cakap tak serupa bikin kan? cakap tak mintak/tak nak susahkan kawan, tapi kirim beli collectible item from HRC...haih

Tuesday, March 27, 2012

OUT OF OFFICE

Rumor Has It
Adele

Sekali-sekala tak berada di pejabat terasa sangat sejuk (Cool). Hampir seminggu berjaya untuk tidak berada di pejabat. Bermula dengan menghadiri forum di Langkawi, selama 4 hari, memang terbaik. Disambung dengan percutian yang telah lama dirancang bersama rakan-rakan sekerja. Amat terbaik dari biasa.

Saigon - 16042012
Belum berkesempatan untuk melawat negara-negara berhampiran. Agak sekian lama. Terakhir melawat Bandung. Baiklah, bukan melawat sangat, sebab menemani kawan untuk membeli-belah. Dan pada permulaan 2012, telah memilih untuk melawat (baiklah, membeli belah juga), di negara jiran sahaja.

Perjalanan menaiki Air Asia mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Oh iya, rakan-rakan sepejabat tidak langsung mengetahui percutian aku kali ini. Berjaya untuk tidak menghebohkannya, sehingga aku berada di HCMC. Terbaik bukan? 

mencari arah kiblat


dah nak sesat ni...rujuk peta 
Memang kurang menarik jika bercuti seorang diri. Jadi, rakan-rakan yang menemani sangat sejuk. Paling tidak, gembira bila dapat tengok kawan-kawan yang tak dapat menahan diri dari membeli belah. 

peneman di hcmc
Sudah tentu, jika melawat negara orang, ada perkara yang kita lihat kehadapan (looking forward). Pasti juga ada yang kita suka, dan kita tak suka. Macam pepatah melayu "Hujan Emas Di Negari Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri..."

tempat paling dilihat kehadapan semasa di hcmc
kopi hajah basiroh

kueh teow sup hajah basiroh

nak tau sedap atau tak, kena cuba sendiri....
Suka:
  • makanan kat sana memang best - paling terbayang-bayang, Ayam Goreng Serai di Halal@Saigon
  • kopi ais hajah basiroh - tak pekena sehari, memang ada yang tak kena
  • kueh teow sup hajah basiroh - since berada di negara orang, why not try something local...nice woh
  • tailor made shirt, pant and suit - puas hati? sangat puas hati - dan murah weh!!!
Tak suka:
  • sangat sukar untuk berkomunikasi dengan orang-orang di sana - mereka bukan takat kurang fasih berbahasa ingeris, malahan ada yang tak mampu langsung
  • sangat tak ramah orang-orang di sana - saya amat tak suka
  • tangan akan selalu dipegang oleh peniaga-peniaga di Pasar Ben Than - nak suruh kita beli barang 
  • agak kotor dimerata tempat

Yang tidak akan dilupakan:
  • ada seorang uncle yang menjual buah kelapa (air kelapa fresh la). tiap-tiap kali aku lalu dekat dengan dia, dia akan please aku untuk beli buah kelapa dia. ingat lagi muka dia bila nampak aku. sangat kelakar...tapi sampai sudah, aku tak beli....
  • tawar menawar untuk beli kain dalam pasar Ben Than. Auntie ni sangat ramah. Dan yang pasti, aku dapat diskaun yang sangat menarik. Looking forward to meet you again Auntie...Kedai 502 kalau tak silap aku. Business card dia hilang ntah ke mana.
  • ada satu kedai embroidery near Le Loi street. Auntie and Nanny yang jaga kedai ni sangat fasih berbahasa ingeris. aku sangat gembira bila dapat jumpa dengan orang tempatan yang fasih berbahasa ingeris. 
  • kopi ais hajah basiroh!!!! Mai sechewen....dahaga lak aku sekarang

LOVE, ZAID....

# masih tertanya-tanya, mungkinkah kerana sistem pendidikan mereka yang tak mementingkan bahasa ingeris....
# CNN, AL Jazeera, BBC ... atau TEXAS? hehehe

Monday, March 12, 2012

Yang Pertama

When I Was Young
Rizzle Kicks



First time naik MAS untuk domestic travel. Sebelum ni memang AA yang menjadi pilihan. Obviously sebab harganya sangat murah. Memandangkan ini adalah business related punya travel, aku pilih untuk merasa naik MAS.

21A - Landasan
Aku duduk mengenakan headphone Sony aku, tapi music tidak dipasang kerana belum berada di udara. Mata makin kecik. Sedar je flight dah ready to take off. Mak ai, 18 minit aku tidur rupanya tadi.

21A - Udara
Dah berada di udara. Aku pasang MP3. Ada majalah Going Places Malaysia Airlines dalam poket tempat duduk hadapan. Selalu baca eh, selak-selak Going Places AA saja, kali ini dapat selak Malaysia Airlines punya. Sehelai demi sehelai aku selak, terhenti pada muka surat "To Know Malaysia".

Baru Aku Tahu!
My sweet hometown was the First in Line once. Banyak juga rupanya. Sebelum ini aku tau Landasan Keretapi dan Penjara sahaja. But there were few more.

  • Telegraph connection PERTAMA
  • Government Hospital PERTAMA
  • Library PERTAMA
  • Museum PERTAMA
  • Post Office PERTAMA
  • Clock Tower PERTAMA
Ilmu, bisa diperolehi di mana-mana sahaja. Hatta pembungkus nasi lemak.

LOVE, ZAID . . .

# Chong Wei tarik diri semalam, Malek Noor mengakhiri zaman bujang hari ini....hmmmm

Wednesday, February 22, 2012

PEUGEOT 207

Walking On Water
Matt Cardle


Jajan pengubat mata kecik during discussion IPC


It has been years tak makan jajan kat atas tu akur asa. Entah bila last aku makan Cloud 9. Apa tah lagi Crispy. Ye la, tak perasan pula kalau singgah mana-mana kedai mesra, ada jajan ni. Selalu aku sebat Kindo Bueno je.

Semalam (Isnin - walaupun hari ni dah rabu), adalah kali kedua aku pandu kereta yang amat laju. Mengejar sebuah Peugeot* 207 masa nak ke bandar. Ada awayday. Aku tahu aku kenal pemandu wanita itu. Hahaha. Sampai di bandar, saling gelak antara satu sama lain.

"Kak Misah rasa kenal je kereta belakang Kak Misah..." sambil gelak.

Alasan pandu laju oleh wanita pemilik Peugeot 207, kereta belakang pressure. Which is kereta aku la. Tapi alasan aku laju, sebab nak follow kereta depan. Haih

Kali pertama aku bawak super laju masa dah terlambat nak gi Runfest Cyberjaya.

Ranking Pemanduan Syaith#n Aku:
  1. Pecutan ke Runfest Cyberjaya
  2. Pecutan follow Peugeot 207

Baru dua kali je tau. Record saman laju masih clean. Like! 

Noktah

* Nota kaki : Peugeot disebut Pi-Jo with silent T bak kata housemate aku

LOVE, ZAID...

# inilah nasib sebab tidor awal malam tadi...

Monday, February 20, 2012

MANA SATU?

Pendam
Shahir

gambar lama nih : bajet Jason Mraz sket....

Aku rasa macam dah lama aku tak cam whore post gambar-gambar sendiri dalam blog. Even dalam mukabuku atau twitter pun sudah terhenti. Dah kurang aktiviti bergambar. Tapi bila tengok kawan-kawan usung DSLR merata-rata tempat, especially yang merakamkan gambar-gambar menarik, aku jadi rindu. Rindu pulak pada camera cheap aku tu. Hujung minggu ni nak gi amik semula. 

Semalam lepak with Hafiz last week kat KLCC. First thing came out from him was, "macam mana nak jadi heartless macam ko ni?". He asked me.

Aduhai! Pengalaman hidup la kot. Heartless kat luar je, dalam belum tentu. But atleast, macam Hafiz cakap, I am good on covering it. Kalau everyone in this world sama, for sure tak akan ada yang menarik dalam dunia ni. Dan tak akan ada something to talk about. I think la...

Those who know me, they me.

LOVE, ZAID...

# dalam hati tetap ada taman weh....

Friday, February 17, 2012

FEBRUARY 14

Here Without You
Boyce Avenue Cover

gambar stress during awayday

PLUS Highway
Malam 14 February, dapat lepak dengan shidan, nick & anam. Sangat super best. Aku pun dapat buat rekod baru dari Senawang ke Sungai Besi hanya 30 minit. Thanks to Anam sebab berjaya tambah adrenaline aku untuk buat rekod baru. 

Nailis
Malam mula dengan lepak di restoran Nailis Sentul. Sebagai seorang model, aku tak dinner. Hanya minum hot drink (tak ingat pulak air ape aku minum). Sembang punya sembang, semua dah mengantuk. Aku yang patutnya balik ke Istana Hinggap, tapi telah berjaya ditukarkan lokasi bermalam. Aku pun follow balik ke Somerset.

Somerset 1414
Sampai gosok baju dulu. Esok ada workshop kat kl convec. Selesai. Lepak tunggu Shidan sampai sebab nak layan movie. Aku tweet shidan "berak lama nau...". Shidan sampai. Start movie. Nick study dalam bilik (gila saiko, member lain tengok movie).

"Apasal dia lari?" Shidan tanya. 
"Baru start kot!!" Aku
"Ye la, kenapa dia lari dowh?" Shidan ulang
"Ko ni saiko, kan tadi dia dapat invitation card!" Aku balas

Ramai-ramai gelak. Sambung layan movie. Mata dah nak tertido. Movie kembali menarik. Gila suspend!!! Anam baru nak mula gosok baju kerja. Tapi gosok lama gila. Setengah jam pun tak abis-abis. Memang beginner! Hahaha.

"Korang tengok movie diam-diam bole tak? Kecoh mengalahkan movie..." Anam bersuara. Aku dengan Shidan gelak besar. Kena marah dengan abang long. Movie semakin menarik. End movie. Aku lapar. Berjaya habiskan Chip Ahoy stock Nick. Mengantuk semua. Balik bilik masing-masing. Aku tumpang bilik Shidan. 

Somerset 1410
Dah gosok gigi. Sambung gossip dengan Shidan. Banyak kali gak aku kena slow & kuatkan aircond. Siut! Mata dah tak larat. Aku senyap. Shidan berdengkur.

END

LOVE, ZAID...

# Movie yang Shidan, Anam & Nick (yang kadang-kadang tengok sebab cigar break) tengok malam tu: Breaking Dawn Part 1....

Monday, February 13, 2012

RAHSIA JARI

Penerang Hati
6ixth Sense ft. Saujana

siap potong kuku sebab nak amik gambar tangan sendiri...

Aku sangat teruja bila dapat ilmu baru, especially yang ni. Sangatlah aku teruja. Aku sure ramai yang tak tahu lagi. Seronok bila duduk minum-minum dengan orang yang lebih tua dari aku, aku akan dapat ilmu - ilmu yang istimewa.

Ini falsafah bagi seorang lelaki. Lelaki yang ingin kawin lebih daripada satu. Menarik nih. Perumpamaan yang diberikan oleh seorang brader kat office aku yang sangat famous sebab nak kawin du....a! Abang J aku panggil (kena rahsia, nanti kalau-kalau isteri dia baca blog ni, mau tidur lu...ar!). Haha.

Abang J cakap macam nih. Kau Zaid kalau nak kawin lebih daripada seorang, memang susah. Tapi susah untuk yang kedua je. Dapat yang kedua, ketiga dan keempat senang je. Aku pun blur pulak masa dengar story Abang J ni, tapi layan weh, adrenaline aku paling top sebab nak tahu.

Sambung Abang J. Kenapa aku cakap macam tu. Ni dia rahsia dia. Nak kawin lebih dari seorang ni macam susanan jari-jari kita. Ko tengok jari TELUNJUK, nak ke jari HANTU. Menaikan? Macam tu la susahnya kau nak kawin seorang lagi (yang kedua). Tapi, bila kau dah lepas yang kedua, kan nak ketiga dan keempat tu senang je. Kau tengok dari jari HANTU nak ke jari MANIS dan KELINKING. Kan senang!!!

HAHahahahHAHAHa...!!!! Gelak besar aku kat pantry!!!Akak-akak lain dah muka emosi sorang-sorang.

Tapi aku tambah satu lagi falsafah lepas aku gelak besar. Cuba tengok jari IBU, nak ke jari TELUNJUK. Omak ai!!Bukan main tinggi!! Macam itu la juga nak dapatkan isteri pertama. Lagi la susah. Hahahaha. Sebab itu aku tak kawin-kawin lagi. Pergh, alasan aku memang terbaik....

LOVE, ZAID...

# matilah aku kena blacklist ngan girls...

Sunday, February 12, 2012

ENAM HARI SEMINGGU?

Selamat Tinggal
Dina ft. Zizan


Minggu yang amat sibuk untuk aku. Banyak perkara yang kena siapkan. Tekanan kerja? Tak mungkin sama sekali. Mungkin minda sahaja yang penat. Berfikir mungkin. Ada yang seorang dua yang kena sound dengan aku kat sms ke, kat whatsapp ke, kat bbm ke, aku mintak maaf la ye. Cuma tak berapa berminat untuk bercerita tentang kerja aku. Mungkin sebab itu jugak, aku tak pernah tanya kat orang lain, kat mana mereka kerja. 

  • Rajin betul kerja sampai lewat malam...
  • Hari sabtu pun kerja ke?
  • Ko kerja 6 hari ke seminggu?
  • Balik la rest...
Kalau ditafsirkan, sebenarnya semua tu adalah CONCERN. Atau cuba untuk create PERBUALAN. Ke aku yang emosi lebih? Tak tau la saya! Cuma kena tahu beberapa perkara:
  • mana ada orang nak kerja sampai lewat malam, unless ada sesuatu yang perlu disiapkan.
  • mana ada orang nak kerja hari sabtu, unless bosses minta tolong siapkan sesuatu yang urgent.
  • kurang pasti jika ada syarikat swasta & kerajaan yang beroperasi 6 hari seminggu.
Mungkin ada yang terlupa, bukan baru sehari dua aku dalam dunia pekerjaan. Dan bukan selalu pun kena balik lewat malam, atau kena berkerja di hari minggu. Ramai juga orang lain yang pasti pernah melalukan perkara yang sama. So, pasal "balik la rest" tu, bagi aku tak perlu, sebab aku tak mengeluh pun penat. Dan yang paling seronok, semua benda tu dah selesai...

Kerja itu kan satu AMANAH....

LOVE, ZAID ...

# lama jugak aku tenung 'new post' page ni, fikiran melayang, hati kurang tenang...adeh!

Thursday, January 12, 2012

SESUATU YANG TERTANGGUH #1

Live Like We Are Dying
Kris Allen 


Bukan semua perkara yang dicita-citakan akan mampu dicapai. Terutamanya cinta seorang insan. Merasa seperti sudah melakukan banyak perkara yang terbaik, namun, itu hanya rasa. Pada zahir mata yang melihat, boleh sama sekali tidak serupa yang dirasa. Banyak perkara tertangguh. Tertangguh kerana rasa cinta itu.

*****

"Awak, bulan 3 tahun depan, jangan pegi mana-mana ok", Zulaika memulakan bicara.

Merasa sesuatu yang kurang senang, Yusuf membalas "Awak nak kawin ke?"

Hanya debar menanti jawapan. 

"Ye awak. So, bulan 3 nanti, jangan takde pulak ye..." respon Zulaika.

Yusuf tak lagi mampu untuk meneruskan bicara. Walau cuma melalui sms di telefon. Mungkin ada rasa kecewa. Bercampur baur rasa gembira untuk Zulaika. Masih kurang pasti akan perasaan yang sedang dialami Yusuf. Tiada lagi bunyi nada dering sms masuk. Keringat untuk menekan kekunci telefon meneruskan bicara sms, terhenti.

Apakah ini petanda hati. Banyak perkara yang ingin dilakukan, seringkali tertangguh. Tak pernah sekali pun berjaya dilakukan. Bisik hati Yusuf pada dirinya.

Perkenalan Yusuf dan Zulaika bukan setahun dua. Tapi sudah hampir 11 tahun. Perkenalan yang istimewa bagi Yusuf. Ketika di universiti. Yusuf mengimbas di kotak pemikirannya.

Minggu Orientasi Bermula

Yusuf terlihat sesusuk tubuh gadis yang menarik hatinya. Mungkin kerana ini rasa yang pertamanya. Yusuf masih kurang pasti. Tapi yang nyata, Yusuf tertarik. 

"Itu Zulaika, kawan satu matrikulasi aku" kata Adam pada Yusuf. 

"Cantik orangnya..." sambil tersenyum Yusuf membalas.

Seperti satu kemestian, malam penutupan setiap minggu orientasi, akan ada persembahan daripada pelajar-pelajar baru. Persembahan di kolej kediaman. Mengikut floor masing-masing. Floor Yusuf hanya melakukan persembahan yang ringkas.

Selesai persembahan, Yusuf dan Adam mengambil posisi di tempat penonton. Terhibur hati dengan persembahan-persembahan kawan-kawan yang lain. Masing-masing cuba dengan cara terbaik untuk menunjukkan kreativiti. Namun, hanya satu persembahan yang membuatkan Yusuf tidak dapat duduk tenang. 

"Chenderawasih....." lunak suara seorang pelajar perempuan mengalunkan lagu dikir.

Yusuf tercari-cari dari susuk yang mana suara merdu itu. Malang, pentas sangat samar-samar. Hanya bergantung pada lampu-lampu sekitar kawasan letak kereta. 

"Siapa yang menyanyi tu?" soal Yusuf pada Adam.

"Tu...Takkan kau tak nampak?" jawab Adam ringkas sambil menunding jarinya ke arah pentas.

"Aku tak nampak yang mana satu..." mata Yusuf masih liar mencari.

Usai sudah persembahan floor tadi. Yusuf gagal mengesan milik siapa suara itu. Namun yang pasti, irama Chenderawasih, berulang kali berputar dalam fikiran Yusuf. 

"Siapa yang menyanyi lagu tu tadi ye? Aku sampai diorang dah habis, tak cam jugak tuan punya badan", bicara Yusuf sendirian.

bersambung...

LOVE, ZAID...

# diri akan lebih kuat, jika berani melepaskan sesuatu yang disayangi...

STOP, THINK & ACT

Bicara Hati
Lena

HARI NI MINUM TEH O PANAS JE....KOPAK LA HARI DOLCE
Yesterday was not a good start of my day. All of sudden, been assigned to non related big task with my position. Hell yeah, I was really pissed off. Walk away from the meeting room after the shitbrix meeting finished. I think, they can really saw it through my face expression. Since the company introduced so many level of reporting, my section is suffering. And now, the new captain assigned another big important task to us. 

Straight walked to tender room and spent the balance hours before lunch there. And I am very thankful that I went to complete the tender. Otherwise....

Here the thing la, if anything bad happened to myself, I will take a break, to think and rethink wisely. Yela, takde la nak terus lepaskan everything. Obviously, it is not good for me, and especially for the environment. Luckily ada twitter, bole emo-emo kat situ. 

BAJU DARI UK...

Semalam jugak aku terlayan TITANIC, and menyebabkan aku tido sgt lambat. Pukul 3 pagi baru tido. Dan sekarang, aku mengantuk amat di workstation nih. Mana tak nya, balik dari futsal malam tadi, dah pekena mee segera goreng (Megi Goreng la), pastu tido lambat. Memang lalalala la aku kat opis hari nih. Yang penting, semalam smart-smart pakai sleeveless, kena jadi keeper. Sib baik cemerlang (atas feedback kawan-kawan la). Tapi dapat gak tukar jap-jap untuk ke posisi striker. Oh, dan Ayil (futsal member yg selalu aku compete tahap kepancitan ngan aku) cakap semalam, aku tak nampak pancit malam tadi. With disclaimer, "Ko banyak ngelat.." dia cakap kat aku...

LOVE, ZAID...

# pelajaran dari kesilapan memang paling berharga, tapi jangan hanya dari kesilapan sendiri. belajar juga dari kesilapan orang lain....

Wednesday, January 11, 2012

PJ DAWN 2012

Berdiri Bulu Romaku
Hetty Koes Endan & Endy Anjasmara


Dengan berbahagianya, telah success registered for 21KM PJ Dawn 2012. If Singapore ada SUNDOWN, Malaysia ada PJ DAWN. Kena train hard la ini macam. My second HM. And aku rasa the last one la kot. Unless ada yang lagi best to involve with.

LOVE, ZAID...


# yang hujung minggu ni pun tak tau ape nasib...

Saturday, January 7, 2012

PILIHAN MASING-MASING

KU PINANG KAU DENGAN BISMILLAH by UNGU & ROSSA

First Run for 2012
Terasa lama pulak minggu ni nak menjengah ke hari minggu. Perlahan je masa berlalu. Dan untuk 2 hari berturut-turut, balik lepas pukul 8pm dari opis. Juga baju sukan yang dibawa hari ni, tetap kering dalam kereta. Gara-gara menunggu En Boss sampai ke opis untuk review monthly report.

Terlepas peluang keemasan untuk hang out dengan kawan-kawan yang fabulous & famous. Rasanya semalam diorg gi makan kat Fish Shop. Entah, aku pun tak sure sangat. Banyak nau restoran pelik kat sini. Hari ni lak, dengan late invitation, mbr ajak gi lepak-lepak starbucks JJ. Aku dengan bahagia dan bersungguh-sungguh confirmkan since when starbuck ada buka kat JJ. Ternyata, dah lama aku tak gi town. Bukan apa, sangat la takde kederat nak redah traffic light yang berlambak untuk sampai ke town, jugak drivers yang slow sekitar bandar ni. 

Next time la kot, baru nak lepak ngan kawan-kawan. Salah pilih rehat di rumah berbanding ke town tu. 

Pilihan masing-masing...

LOVE, ZAID...


# somehow, hari ni dapat lagik soalan cepu cemas...adeh

KAHWIN

Love The Way You Lide
Eminem Ft. Rihana

NIKMAT TUHAN YANG MANA KAU DUSTAKAN - AR RAHMAN

Soalan yang berlainan tapi masih membawa maksud atau pun makna yang sama. 

"Bila nak merasa makan nasi minyak?"

Masih sekitar cerita seperti semalam. Hari ini, ada pula yang bertanyakan soalan yang lain, tapi membawa erti dan tujuan yang saling tak tumpah seperti semalam. Boleh saja kalau nak makan nasi minyak, aku boleh masak. Yang pasti, bukan itu tujuan soalan.

Tak sangka, orang yang biasa macam aku, ramai juga yang ambil berat. Ambil berat dalam bahasa sopan, kalau bahasa yang kurang enak, jaga tepi kain orang. Macam biasa, aku tukarkan ion-ion negatif tu kepada ion-ion positive. Hati tak runsing, otak tak serabut.

Bila sudah sampai level macam ni, aku takde sedikit rasa pun nak kawin. Buat masa ini, aku rasa ok je hidup sorang-sorang. Salah ke kalau tak berkahwin? Takkan nak kawin sebab orang asyik bertanya. Pressure dari masyarakat ni takkan habis. Bila dah berkahwin, akan ada pulak yang sibuk bertanya bila nak ada anak. Dah ada satu, ada pulak nanti yang bertanya bila pulak nak dapat yang kedua. Kalau hidup nak puaskan hati orang lain, yang tak pernah pun bagi apa-apa pada aku, memang tak larat la nak kejar.

Apa-apa pun, aku nak berterima kasih pada kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang yang tak putus-putus nak carikan jodoh untuk aku. Ramai yang ikhlas nak tolong, walaupun ada segelintir ada kepentingan sendiri. Maaf, saya tak rasa untuk jatuh cinta, atau berkahwin buat masa ni.

LOVE, ZAID


# Cinta: Rahsia Allah....

Friday, January 6, 2012

MEMILIH SANGAT NI!!!

A Thousan Years
Christina Perri

TEMAN SETIA
Credit to SN Khamis
Lama ambil masa untuk diri sendiri dalam keadaan yang sangat waras, Sudah sampai masa yang elok untuk meluahkan sesuatu.

Soalan kegemaran orang yang kenal dengan aku (kecuali family members):

" Bila nak kawin ni...?"

Penat nak jawab soalan macam nih. Dalam masa yang sama, terasa jugak apasal la diorang ni sangat busy body pasal aku. Tapi aku cuba shift kan pemikiran-pemikiran yang negative tu ke positive. Maybe diorang concern pasal aku. Or, mungkin jugak diorang ada calon untuk aku. Sekadar untuk menenangkan diri dan menerbalikkan aura negative dalam diri. Aiseh!

Bila kita jawab soalan pertama tadi, akan terpacul pulak soalan kedua. Yang pada aku, lebih kepada JUDGEMENT!!! (tanda seruan menandakan marah...hehe).

"Memilih sangat nih..!!??"

Aduh, macam-macam perangai manusia dalam dunia ni. Tapi, dalam macam-macam bentuk perangai, ini adalah yg paling common. And dalam seumur hidup aku yang dah nak masuk 29 tahun nih, tak pernah sekali lagi pun ada penyataan ni yang aku dapat:

"BELUM SAMPAI JODOH LA TU...."

Malangnya, pernyataan itulah yang aku selalu gunakan untuk response pada kedua-dua soalan sebelumnya.

Aku marah? Tak sama sekali. Sebabnya, hanya aku tahu apa yang orang lain tak tahu. Orang bole cakap aku memilih, tapi hanya aku yang tahu. Ada juga yang kata aku ni ego, ternyata, ego tu dah aku buang jauh-jauh. Yang amat pasti, ALLAH lebih tahu segalanya....

CINTA itu bukan milik aku

LOVE, ZAID...

# air mata menitis di tikar sejadah, kerana seorang wanita...akhirnya, tewas...