Thursday, January 12, 2012

SESUATU YANG TERTANGGUH #1

Live Like We Are Dying
Kris Allen 


Bukan semua perkara yang dicita-citakan akan mampu dicapai. Terutamanya cinta seorang insan. Merasa seperti sudah melakukan banyak perkara yang terbaik, namun, itu hanya rasa. Pada zahir mata yang melihat, boleh sama sekali tidak serupa yang dirasa. Banyak perkara tertangguh. Tertangguh kerana rasa cinta itu.

*****

"Awak, bulan 3 tahun depan, jangan pegi mana-mana ok", Zulaika memulakan bicara.

Merasa sesuatu yang kurang senang, Yusuf membalas "Awak nak kawin ke?"

Hanya debar menanti jawapan. 

"Ye awak. So, bulan 3 nanti, jangan takde pulak ye..." respon Zulaika.

Yusuf tak lagi mampu untuk meneruskan bicara. Walau cuma melalui sms di telefon. Mungkin ada rasa kecewa. Bercampur baur rasa gembira untuk Zulaika. Masih kurang pasti akan perasaan yang sedang dialami Yusuf. Tiada lagi bunyi nada dering sms masuk. Keringat untuk menekan kekunci telefon meneruskan bicara sms, terhenti.

Apakah ini petanda hati. Banyak perkara yang ingin dilakukan, seringkali tertangguh. Tak pernah sekali pun berjaya dilakukan. Bisik hati Yusuf pada dirinya.

Perkenalan Yusuf dan Zulaika bukan setahun dua. Tapi sudah hampir 11 tahun. Perkenalan yang istimewa bagi Yusuf. Ketika di universiti. Yusuf mengimbas di kotak pemikirannya.

Minggu Orientasi Bermula

Yusuf terlihat sesusuk tubuh gadis yang menarik hatinya. Mungkin kerana ini rasa yang pertamanya. Yusuf masih kurang pasti. Tapi yang nyata, Yusuf tertarik. 

"Itu Zulaika, kawan satu matrikulasi aku" kata Adam pada Yusuf. 

"Cantik orangnya..." sambil tersenyum Yusuf membalas.

Seperti satu kemestian, malam penutupan setiap minggu orientasi, akan ada persembahan daripada pelajar-pelajar baru. Persembahan di kolej kediaman. Mengikut floor masing-masing. Floor Yusuf hanya melakukan persembahan yang ringkas.

Selesai persembahan, Yusuf dan Adam mengambil posisi di tempat penonton. Terhibur hati dengan persembahan-persembahan kawan-kawan yang lain. Masing-masing cuba dengan cara terbaik untuk menunjukkan kreativiti. Namun, hanya satu persembahan yang membuatkan Yusuf tidak dapat duduk tenang. 

"Chenderawasih....." lunak suara seorang pelajar perempuan mengalunkan lagu dikir.

Yusuf tercari-cari dari susuk yang mana suara merdu itu. Malang, pentas sangat samar-samar. Hanya bergantung pada lampu-lampu sekitar kawasan letak kereta. 

"Siapa yang menyanyi tu?" soal Yusuf pada Adam.

"Tu...Takkan kau tak nampak?" jawab Adam ringkas sambil menunding jarinya ke arah pentas.

"Aku tak nampak yang mana satu..." mata Yusuf masih liar mencari.

Usai sudah persembahan floor tadi. Yusuf gagal mengesan milik siapa suara itu. Namun yang pasti, irama Chenderawasih, berulang kali berputar dalam fikiran Yusuf. 

"Siapa yang menyanyi lagu tu tadi ye? Aku sampai diorang dah habis, tak cam jugak tuan punya badan", bicara Yusuf sendirian.

bersambung...

LOVE, ZAID...

# diri akan lebih kuat, jika berani melepaskan sesuatu yang disayangi...

11 comments:

  1. ehem3.. yusuf2.. kekeke.. pandai2 nak tiru lah

    ReplyDelete
  2. Talking about procrastinating, org putih kata why proscratinate till tomorrow what u can do today. But I say, why do today what u can procrastinate till tomorrow ?!

    ReplyDelete
  3. Shit happens, so does good things. Embrace em all and you will be fine. Semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  4. love the song..love the blog..finding reason not to love the author..demm

    ReplyDelete
  5. hari ni 10/3/2012 , Zulaika tu pon dh nikah bro .....
    aku pernah suke kat Zulaika ko , dats y aku bole jumpe blog ko ni , pastu jd stalker kat sini ....
    kita kena redha bro , urusan ajal maut jodoh pertemuan bukan urusan kita .

    assalamualaikum !

    ReplyDelete