Sunday, February 12, 2012

ENAM HARI SEMINGGU?

Selamat Tinggal
Dina ft. Zizan


Minggu yang amat sibuk untuk aku. Banyak perkara yang kena siapkan. Tekanan kerja? Tak mungkin sama sekali. Mungkin minda sahaja yang penat. Berfikir mungkin. Ada yang seorang dua yang kena sound dengan aku kat sms ke, kat whatsapp ke, kat bbm ke, aku mintak maaf la ye. Cuma tak berapa berminat untuk bercerita tentang kerja aku. Mungkin sebab itu jugak, aku tak pernah tanya kat orang lain, kat mana mereka kerja. 

  • Rajin betul kerja sampai lewat malam...
  • Hari sabtu pun kerja ke?
  • Ko kerja 6 hari ke seminggu?
  • Balik la rest...
Kalau ditafsirkan, sebenarnya semua tu adalah CONCERN. Atau cuba untuk create PERBUALAN. Ke aku yang emosi lebih? Tak tau la saya! Cuma kena tahu beberapa perkara:
  • mana ada orang nak kerja sampai lewat malam, unless ada sesuatu yang perlu disiapkan.
  • mana ada orang nak kerja hari sabtu, unless bosses minta tolong siapkan sesuatu yang urgent.
  • kurang pasti jika ada syarikat swasta & kerajaan yang beroperasi 6 hari seminggu.
Mungkin ada yang terlupa, bukan baru sehari dua aku dalam dunia pekerjaan. Dan bukan selalu pun kena balik lewat malam, atau kena berkerja di hari minggu. Ramai juga orang lain yang pasti pernah melalukan perkara yang sama. So, pasal "balik la rest" tu, bagi aku tak perlu, sebab aku tak mengeluh pun penat. Dan yang paling seronok, semua benda tu dah selesai...

Kerja itu kan satu AMANAH....

LOVE, ZAID ...

# lama jugak aku tenung 'new post' page ni, fikiran melayang, hati kurang tenang...adeh!

No comments:

Post a Comment