hari ni, ramadhan terakhir utk 1431H. sayu pagi2. mata macam ngantok. tapi terjaga dlm jam 5am dengan tv dalam bilik terpasang sambil menayangkan JANJI KEKASIH. layan jap citer ni. dah mkn sedikit awal utk sahor. tp utk buat syarat lewatkan sahor, aku capai air segelas dan teguk. selang beberapa minit, azan subuh berkumandang. aku sahut seruan itu. pulang dari surau, jam dah lebih 640am. mata ngantok lagi, tapi blom pack barang2 nak balik utk sambut 1 syawal esok. maka, sambil tgk TANYALAH USTAZ, episod akhir utk bulan ramadhan, aku lipat2 baju2 utk bawak balik.
ini adalah sedikit perkongsian ilmu dari program Tanyalah Ustaz pagi tadi:
13 SUNAT BULAN SYAWAL
1. Takbir Raya - sudah pasti. bertakbir memuji Tuhan semesta alam. tanda syukur atas kemenangan melawan nafsu di bulan ramadhan.
2. Mandi Sunat Hari Raya - mandinya seperti mandi hadas. memandangkan tahun ni raya jatuh pada hari jumaat, ustaz pesan tadi, niatkan mandi sunat idulfitri, kemudian niat mandi sunat hari jumaat.
3. Merapikan Badan - disunatkan pada hari raya nih, kita merapikan diri seperti potong kuku, kemaskan misai, bulu idung, bulu ketiak dan yg sewaktu dengan nya...hehe
4. Pakai Pakaian Terbaik - tak semestinya baju baru. kalu tak sempat nak beli baju baru, pakailah baju yg terbaik dalam koleksi. tpi biarlah yg bersesuaian dan mengikut sunnah. contoh pakai jubah. disunatkan memakai warna putih utk hari jumaat. kalu hari raya tak kesah. tapi sok hari raya & hari jumaat...so,pakai lah warna putih...
5. Makan Sedikit Sebelum Pergi Solat - isi perut sedikit before gi solat sunat hari raya. makan bnyk pun takpe (memetik kata ustaz).
6. Mengucapkan Tahniah - mengucapkah tahniah pada kawan2 sanak saudara dan sesiapa sahaja yg ditemui. ini akan melahirkan kegembiraan..."Selamat Hari Raya..."
7. Solat Sunat Hari Raya - khafiatnya; 2 rakaat dengan 7 takbir utk rakaat pertama (tidak termasuk takbiratulihram), dan 5 takbir utk rakaat kedua (tidak termasuk takbir perubahan). jika imam terlupa/terkurang takbir, solat masih sah. tiada azan & iqamah. khutbah bukan syarat sah solat sunat raya. bole dilakukan secara bersendirian, tidak berjemaah.
8. Pergi & Balik dengan Jalan yg Berbeza - supaya bertembung dengan lebih ramai org.
9. Bersedekah - bagi duit raya tapi niatkan sebagai bersedekah & niat mengikut sunnah Rasulullah.
10. Zakat Fitrah
11. Ziarah - berziarah dan melawat sahabat, saudara mara dengan niat utk menyambung silaturrahim.
12. Mengembirakan Anak Yatim
13. Puasa 6 dalam bulan Syawal.
banyak ilmu yg baru dan ilmu2 refresh yg dapat pagi tadi. best bangat.
ustaz turut bg url blog dia. bole la click2 utk tambah ilmu : www.ustazamin.com
ni posting terakhir utk bulan ramadhan 1431H. kejap lagi nak gerak balik kg. so long melaka....yehaa!!!
Note : cintai Allah dan Rasulullah...
# Islam sememangnya indah...
suka no.8 tu...sebelum ni ikut jalan yg sama je...
ReplyDelete