Thursday, August 26, 2010

dulu...pernah...

tiba2 tgh dlm kete, balik dari kerja, aku teringat arwah bonda.

masih fresh dalam kotak ingatan, gurau senda aku dengan bonda.

juga masih fresh dlm kotak ingatan, kenakalan aku kepada bonda.

dan masih bermain2 dlm kotak ingatan, pemergian bonda yg aku iringi dengan bisikan syahadah.
----------
gurau senda:

  1. berebut remote tv bila masing2 nak tgk citer pilihan masing2. bonda siap sorok2 remote sbb tak bagi aku amik. aku rindu saat2 itu....
  2. jalan2 di pasaraya. bonda akan menaiki tangga pasaraya sedikit perlahan. aku akan menolak bonda dari belakang supaya sedikit pantas. pasaraya dulu mana ada elevator cam skrg.....
  3. bila bonda berada di dapur, mengemas, membasuh atau memasak, aku akan terjah bonda. bonda akan terkejut sambil melatah. skrg, dapur hanya tempat aku termenung mengenangkan bonda....
  4. shopping baju melayu utk raya. aku membonceng motor bonda. bonda bawak ke taiping kerana ada jualan di murah utk hari raya. seronoknya.....

-----------
kenakalan aku:

terlalu bnyk. mungkin juga aku pernah melukakan hati bonda suatu masa dulu. tp itu mungkin kerana kejahilan ku. aku menyesal dengan kenakalan ku itu....
-----------

dah 4 tahun bonda pergi. 16 May 2006, 730pm, Hospital Besar Ipoh. maka bercucuran airmata aku tatkala memohon ampun dari bonda yg sedang nazak. aku tak sampai hati membiarkan bonda mendengar tangisan ku. bergetar suara ku membisikkan syahadah di telinga ibu.

namun, setiap yg bernyawa, pasti akan mati. begitu juga aku suatu masa nanti.aku benar2 rindukan bonda. rindu ini hanya Allah yg tahu. rumah sepi tanpa leteran bonda....

belum sempat aku membalas jasa bonda. kadang2, menitis airmata bila teringat akan bonda. sepi...aku sendiri...
-----------
jadilah anak yg taat pada bonda dan ayahanda. doakan kebahgian dan kesejahteraan mereka. berbuat baiklah pada mereka selagi mereka masih ada. kerana, aku sudah hilang peluang itu....

hanya doa aku kirimkan buat bonda di sana....

zaid sayang dan rindu mak.....

# if tomorrow never comes....

4 comments:

  1. Terharu aku baca citer lu bro... Apa pu kita perlu kuatkan? Kenangan semua tu lah yg jadi azimat dalam diri ko..

    ReplyDelete
  2. yg pergi tetap pergi..trus sedekahkn alfatihah.

    yg tinggal harus teruskan hidup..cheer up!! :)

    ReplyDelete
  3. cheer up bro.

    bro, suggest to change ur blog header, pic u x pki baju tu agak...erm...

    mungkin x membuka aurat..tapi agak...erm... :)

    ReplyDelete