Tuesday, August 31, 2010

sahor jama'ie

tahniah atas usaha yang tak bape keras oleh ZB aka ongeh utk organize this sahor jama'ie. slalu2 org buat iftar, disebabkan terlebih creative geng2 mata kental nih, maka, try sahor. 
Alhamdulillah, semua org terjaga. Pukul 2 am dah siap2 calling2 and SMS kawan2 utk bertanyakan kondisi masing2. bagus, semua terjaga seperti yg dirancangkan. 
sedikit detail tempat bersahor seperti di bawah:

LOKASI: DIMA (kedai masakan arab) depan MMU Melaka
MASA KEJADIAN: 3.00am -4.15AM
TARIKH: 21 Ramadhan 1431H (31 OGOS 2010)

abg model GSC yg kelaparan
Osmet wa yg control ayu - akram yg nguap tak hengat
Muka2 yg tak mandi terus sahor
scandal...haha
treat for u guys...aku masak sendiri puding tu..sayra bg 4/5
renungan manja mukh
terpaksa ceria ngan cerita2 kanak2

sambil2 tunggu makanan, kawan2 semua dihiburkan dengan lawak2 lakonan manja antara aku dan osmet yg sedang sakit gigi masa nih. turut menyumbang akan lawak2 riang ria kanak2 ribena, si ZB dan mukh. selesai makan semua muka tak larat nak drive kete. masa tu semua berharap, ada driver yg menjemput. sib baik aku ada driver....hehe

# berbeza, mmg berbeza....slmt hari merdeka ke 53

Monday, August 30, 2010

makin kecil

mata makin kecil...
hampir tertutup rapat...
tidak....

Ya Allah, aku sangat sangat benar ingin mencari cinta Mu
bantulah aku Ya Allah
memburu malam Qadar Mu....

# beringat sebelum berbuka...

yg terbaik utk aku...Dia yg lebih tahu...



selalunya, org akan terima berita baik berturut2 dlm satu hari. tp, berbeda bg aku. hari ni sahaja, dah 3 berita buruk yg aku dapat. buruk bagi aku di mata kasar...tp mungkin terbaik utk ku dari Allah.
-----------------------
transfer/attachment aku kat sudan telah di cancel. well, aku pun dah bersedia pasal benda nih. redha je. seperti yg aku slalu bisikan dalam hati aku...kalu benar rezki aku, akan sampai juga. kalu bukan rezki aku, dah telan pun termuntah balik. peluang datang dan pergi. mungkin aku blom btol2 bersedia. kerna itu, attachment aku di cancel. benar juga. aku rasa aku blom bersedia.
Allah lebih mengetahui
-------------------------
kekasih ku yg di hospital tu, mungkin tak dapat kluar sebelum raya. teragut lah kegembiraan aku sekali lagi hari ini. oh...mengapa ini terjadi ke atas diriku. aiseh, drama king pulok. di call abg aku, katanya, tak sempat siap before raya. kelu lidah ku di dalam kereta baru osmet ku..vitara...tp mungkin ada hikmahnya....
Allah lebih mengetahui
-------------------------
awek yg ingin aku kenal2, tak tahu status relationship nye. mungkin dah berpunya, sbb kata kawan2. tp mungkin juga sudah tidak,kata kawan2. sedih gak nih. i minat to this girl ok. hahaha. ape2 pun, sesuatu yg terjadi itu, pasti ada sebab musabab nye
Allah lebih mengetahui
-------------------------
osmet ku sakit gigi. ni pun satu berita sedih nih. tp tak sedih sgt. cuma emosi osmetku akan terganggu sedikit. yg pelik nya, gigi aku pun dah terasa sakit sket nih...
Allah lebih mengetahui
-------------------------
kata2 aku sekadar mengubat rasa hiba dlm hati. nak pujuk hati yg sedih menerima segala berita2 yg tak disangka2 sangat. mungkin diuji Yg Maha Esa, supaya bertambah kukuh iman di dada. ye lah, iman pun senipis kulit bawah. bila2 masa akan koyak.mujur lah, kesabaran mengatasi segala2nya.
insyaAllah, takkan luntur sabar ku ini
takkan padam iman di hati
kerana sesuatu yg terjadi
HANYA ALLAH YG MAHA MENGETAHUI...

# di hati ini, hanya Allah yg tahu kesedihan ku....

mana lagi nak sumbat?

pening pale aku. mana lagi nak sumbat baju2 nih.
 yg kat tier drawer ni pun dah penuh.
 pas basuh baju, tgk, still bnyk lagi baju gue. 
haish. ada yg nak kena dispose nih karang.

kekemasan ini mmg sediakala, bukan lah dikemas sblm gambar diambil
baju2 yg baru lepas dibasuh. bnyk nau.....

# ke nak kena beli wardrobe baru?

Sunday, August 29, 2010

17th Ramadhan 1431H






dah beberapa minggu aku tak join geng2 usrah. sorry gang, sakit + gi training lak. balik training, kete lah ingin terjun ke dalam parit di tepi highway. haha.. hancus plan aku utk ramadhan tahun nih. mesti ada silap kat mana2ni.

tapi pada tanggal 17 ramadhan, berjaya gak aku gi usrah. organisor usrah dengan majlis berbuka puasa, solat berjemaah, solat terawih dan tadarus, serta moreh nih, adalah hj dino...dia tgh tido time aku snap gambar ni. penat sangat agaknye.

rmh yg volunteer utk usrah mlm ni, rumah ongeh aka zack.co sponsor, pak rahmah, safar & ex boss gua, wahab. menu, pergh beriani kambing...aku tak makan kambing, sib bek ada ayam..haha. beberapa apple pie dan buahan2 import....serta jus buah. memandangkan aku sakit tekak, aku hirup mineral water je lah.

takmo tanya camne aku gi usrah nih? yg jarak nye lebih kurang 10km? hahaha....ni la sejarah hidup aku, aku merempit naik motor kriss 110 en kunk. pergh, 645 aku start rempit, dlm 7++ aku sampai lokasi. alahai, tn rmh takde...siot!!! gi amik makanan tambahan rupanya....

ape2 pun, mmg best. dapat kumpul ramai2, dapat berkongsi2 ilmu....mcm2 lagi lah....

jom...berusrah!!!

# alangkah baik nya kalu dari awal tahu.....

ditanya

aku ditanya, kenapa letak gambar bawah ni as header blog aku....
aku pun pelik, perlu ke org tanya soklan2 yg macam tu
dah nama pun blog aku, ok la aku letak gambar aku
dari aku letak gambar org lain

kemudian bangkitkan isu aku tak pakai baju dlm gambar tu
so? tak pakai baju pun bukan nampak seluruh badan
baik tegur org yg pakai seluar pendek
lagi bagus
sah2 membuka aurat

macam2 ragam manusia ni
yg tak salah, dianggap salah
yg salah, dibenar2 kan


aku tak amik hati pun atas ape yg org nak cakap & tanya or ape2 je lah.
tp aku dah tukar header blog sbb terusha kat satu blog tu
cantik amat header nye..so, aku amik inspirasi blog tu utk tukar header aku

# cakaplah sesuatu yg perlu sahaja....

Saturday, August 28, 2010

aware day.....

14th Ramadhan 1431H - well, try nak update on this on the day itself. tapi, biasa la, pengurusan masa agak berterabur. dengan penyediaan MC paper yg perlu dibentang pada 15th Ramadhan, segalanya agak kelam kabut. ni la alasan2 yg biasa digunakan. sibuk, bz, bnyk kerja...tp itulah hakikat. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan rahmatnya, berjaya kitorg melaksanakan event aware day ni, buat julung2 kali nya. paling mengharukan, dewan penuh sesak, sehingga pintu belakang terpaksa dibuka....niat yg betul, insyaAllah, dibantu oleh Yang Maha Agung.

mungkin, daya penarik adalah azmil mustapha, si ali setan. tp, ilmu yg dikongsi atas perubahan dirinya, hopefully bole menyuntik semangat setiap muslim, utk kembali ke jalan Allah. especially aku la. aku on off je gi event ni, walaupun salah sorg organisor, sbb kena standby siapkan MC paper. tp, telah bersiap sedia dari awal dengan meminjam vid camera pak mat utk ramakan. hahaha...berjaya merakam event tersebut.


bak kata ongeh, aku berjaya tambah koleksi gambar ngan pelakon ali setan. sempat mengusik azmil lagi....
nothing much to say...hari ni dah 18 ramadhan...bonus 1000 bulan dah dekat.jom!!!

# tadarus jap pun bagus....

Thursday, August 26, 2010

dulu...pernah...

tiba2 tgh dlm kete, balik dari kerja, aku teringat arwah bonda.

masih fresh dalam kotak ingatan, gurau senda aku dengan bonda.

juga masih fresh dlm kotak ingatan, kenakalan aku kepada bonda.

dan masih bermain2 dlm kotak ingatan, pemergian bonda yg aku iringi dengan bisikan syahadah.
----------
gurau senda:

  1. berebut remote tv bila masing2 nak tgk citer pilihan masing2. bonda siap sorok2 remote sbb tak bagi aku amik. aku rindu saat2 itu....
  2. jalan2 di pasaraya. bonda akan menaiki tangga pasaraya sedikit perlahan. aku akan menolak bonda dari belakang supaya sedikit pantas. pasaraya dulu mana ada elevator cam skrg.....
  3. bila bonda berada di dapur, mengemas, membasuh atau memasak, aku akan terjah bonda. bonda akan terkejut sambil melatah. skrg, dapur hanya tempat aku termenung mengenangkan bonda....
  4. shopping baju melayu utk raya. aku membonceng motor bonda. bonda bawak ke taiping kerana ada jualan di murah utk hari raya. seronoknya.....

-----------
kenakalan aku:

terlalu bnyk. mungkin juga aku pernah melukakan hati bonda suatu masa dulu. tp itu mungkin kerana kejahilan ku. aku menyesal dengan kenakalan ku itu....
-----------

dah 4 tahun bonda pergi. 16 May 2006, 730pm, Hospital Besar Ipoh. maka bercucuran airmata aku tatkala memohon ampun dari bonda yg sedang nazak. aku tak sampai hati membiarkan bonda mendengar tangisan ku. bergetar suara ku membisikkan syahadah di telinga ibu.

namun, setiap yg bernyawa, pasti akan mati. begitu juga aku suatu masa nanti.aku benar2 rindukan bonda. rindu ini hanya Allah yg tahu. rumah sepi tanpa leteran bonda....

belum sempat aku membalas jasa bonda. kadang2, menitis airmata bila teringat akan bonda. sepi...aku sendiri...
-----------
jadilah anak yg taat pada bonda dan ayahanda. doakan kebahgian dan kesejahteraan mereka. berbuat baiklah pada mereka selagi mereka masih ada. kerana, aku sudah hilang peluang itu....

hanya doa aku kirimkan buat bonda di sana....

zaid sayang dan rindu mak.....

# if tomorrow never comes....

Tuesday, August 24, 2010

kadang2, sesuatu yg berlaku tu....

kadang2, sesuatu yg berlaku tu, kita tak sangka2.
aku tgk berita utama beberapa hari lepas.
ada berita pasal sukarelawan di Gaza dari Malaysia
bila ditemuramah, aku mcm kenal je org nih
tgk betul2 dan dikuatkan lagi dengan nama yg tertera dibawah berita
betullah...fauziah latif rupanya..

moga Allah memberi rahmat yg tinggi & panjangkan hidayah Nya utk anda dan semua umat islam



# tersentuh hati ...andai dapat aku juga memberi makan kepada saudara2 ku di sana...

hari ke 14

dah 14 hari umat islam berpuasa. dan 14 hari jugak la kesayanganku masuk klinik.

oh...rindu ini makin kuat...bila la dapat bertemu lagik

hati ni dah tak sabar...lama tak berjumpa la katakan

aiseh...jiwang lak aku pagi2 nih...
-----------
dulu2 aku slalu solat isya' lambat. dengan alasan, nak bgn awal. kadang2 solat isya' dekat2 waktu suboh. 2 pagi, 3 pagi, 4 pagi, 5 pagi...5 minit sebelum subuh...haish.
dengan alasan nak bgn tgh mlm la...mmg bgn pun. dan mmg aku berjaya la buat solat2 sunat disamping isya tu. alang2 dah bgn tgh mlm la katakan....tp, itulah...jahilnya diri. cuba beramal tanpa ilmu di dada...

nabi dan pesan...
Allah pun dah ingatkan...
Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, "APAKAH AMALAN YG PALING UTAMA?"
Baginda menjawab, "SOLAT DI AWAL WAKTU." (Sahih At Tirmidzi & Abu Daud)

ditambah pulak aku terlayan TANYALAH USTAZ kat tv9 (tgk2 la citer nih...tambah ilmu agama - tiap2 hari 7am), ada org bertanya soklan sama seperti yg aku buat kat atas. tangguh isya sbb nak bgn mlm....ustaz menjawab, solat di awal waktu itu dituntut oleh agama....maka, solat la isya' di awal waktu...

aiseh....jengkel sungguh ilmu nih...insyaAllah, sedang berusaha tok improve diri...
----------
best bulan2 posa nih...lepas sahur, terus solat suboh. paling best, berjaya suboh di surau...tp bulan posa ni aku sedikit berat utk ke surau especially suboh...dugaan ape la yg sedang diterima nih...waktu tak posa, ok2 je..ni mesti sbb mkn bnyk time sahor...

surau pun agak ramai org waktu suboh. seronot la....jom kita ke surau...
------------
ada hadith yg mengatakan...yg bunyi dan maksudnya lebih kurang...kalu kita dengar azan, tp kita tak ke masjid utk solat berjemaah, maka solat kita adalah sia2...kecuali disebabkan uzur...aku cuba cari hadith ni, tapi tak bertemu pula.... jom berusaha ke masjid/surau
-----------
ni last...share sedikit ilmu yang ada di dada...
kalau kita perasan la, org2 melayu ni, slalu akan gi solat berjemaah waktu maghrib. yela, waktu ni singkat..tak sampai sejam pun sebelum masuk isya. akan ramai la org2 kita ke masjid utk solat maghrib. bagus...
tapi sebenarnye, yg lebih aula...adalah isya dan subuh berjemaah. biasa la org kita, mcm aku jugak...isya kan panjang..so, maybe pas solat maghrib, ada yg nak kluar gi jalan2...mkn2...tgk wayang...kalu nak tunggu isya, silap2 shopping mall pun dah tutup bila sampai...
tapi, ni aku share sket ape yg aku tau

Solat Isya berjemaah - fadilatnya seperti solat malam pada 1/3 malam


Solat Suboh berjemaat - fadilatnya seperti solat sepanjang mlm

wow...kejar2 solat berjemaah...bukan takat dapat 27 kali ganda pahala...ada lagi yg diberikan oleh Dia yg Maha Pemurah...

# bestnye...hari ni ada tetamu istimewa kat opis....azmil mustapha & ust pahrol...

terubat luka....

selepas di datangkan beberapa ujian kecil dari Dia...
lepas 2 minggu rehat dari ofis...
aku masuk balik kerja dgn hati yg tak bape nak stabil...
atas meja ada satu plastik beg
aku buka dan nampak isi dlm nya
oh, aku kenal buku ni
aku penah pinjam dari seorg teman (aiseh teman tu...)
buku yg penah aku kirimkan utk dia beli kalu singgah kat mana2 book store
aku senyum
terubat luka aku
oh ye...aku bertanya
"bape harga buku tu...?i nak bayar..."
jawab dia dengan senyum.."it's a gift for you..."

moga Allah sentiasa merahmati mu
moga sentiasa berada di bawah naugan hidayah Nya

terima kasih


# mungkin inilah yg dikatakan..rezki yg tidak disangka2....

Monday, August 23, 2010

iklan sunsilk

nak gi bazar ramadan petang smlm. buka2 FB jap kat iphone, nampak this vid. kelas and kelakor amat.
iklan sunsilk.
macam2 budak2 skrg ni. ada je idea2 klakor deme.
terbaek


ni iklan asal

# bole awek comel gini kelas gok...huhu

Sunday, August 22, 2010

tomyam KELASeh

18 August 2010

muka2 ceria baru lepas melantak
ehsan yg buat lawak
abg mukh, model GSC yg kalu bercerita, semua org serius mendengar
Sam (baju biru) yg telah bnyk mengepow makanan Mutar (baju itam)

ini adalah antara alasan utk aku tidak gi solat terawih. walaupun tu adalah solat sunat, tp solat terawih ni hanya ada dlm bulan ramadan. which is 30 hari dalam setahun je. fadhilat nye besar walaupun hanya solat sunat. tahun depan, tak tentu bertemu lagik...adeh...

ok, mukadimah dah superb. haha. ni time2 nak berbuka posa ngan kawan2 opis. kat tomyam klasik sg putat melaka. makanan, so so je. tapi best sbb berbuka ramei2 (petik slang mutar jap). organisor, cik apid & cik kimah, thanks halot...hahaha

lepas makan bercerita pasal kenaikkan berat badan. dimulakan dengan Mukhriz, iaitu model iklan GSC. disambung oleh mutar yg beratnye dah jadi 72 dari 64 kilo selepas kawin tak sampai 2 bulan lagik. bercerita pakai sluar size 32 walaupun pinggang dah size 35. pergh, kental siot. so, aku menjadi tukang tokok tambah, cam biasa menambah perasa pada setiap penceritaan....abis teruk mutar, ehsan, sam dan mukh mlm tu....mukh menunggu masa yg baik utk kenakan aku, tapi itu hanyalah mimpi di mlm itu....kui3

selesai...di serikan pula dgn hujan renyai2 yg alamak best nye balik tido..semua pun dengan perut penoh dan bontot berat bgn dan pulang.  best2!!!

# tak tahu la next year dapat lagik ke kita kluar cam ni...InsyaAllah

Saturday, August 21, 2010

oh aduhai....apa nak jadi nih

tahun ni punya bulan posa, amat merugikan bagi aku.

hari ni dah ramadhan ke 11, maknanya, mlm ni akan jadi mlm terawih yg ke 12.

tapi gua punya statistic kehadiran ke terawih seperti di bawah:

mlm 1: Masjid KLCC
mlm 2: not attended
mlm 3: not attended
mlm 4: Masjid Paya Rumput, Melaka
mlm 5: Masjid Paya Rumput. Melaka
mlm 6: not attended (with alasan Hujan)
mlm 7: not attended (still alasan Hujan)
mlm 8: not attended (berbuka diluar)
mlm 9: not attended (kenyang sgt lepas berbuka)
mlm 10: not attended (tertido lepas berbuka)
mlm 11: Masjid Paya Rumput, Melaka

ruginya gua...nape la sikap mls ni tiba2 menyerlah dalam diri? malas amat deh...bak kata kunk "brengset lo!!!"

mohon Allah kurniakan kekuatan dan ringankan tulang ini utk mlm2 seterusnya, especially 10 mlm terakhir.

oh ye, smlm berjaya buat 20 rakaat...masa dah 8 tu, rasa nak balik, tp buang rasa tu stay jugak...

thanks Allah...kerana bantuin gue...

# Allah menduga kerana Dia menyayangiku....

Friday, August 20, 2010

Danial Zafran





ahli baru dlm keluarga. welcome my dear nephew danial zafran yusnizam. sorry, uncle tak sempat lagi visit anak buah uncle yg baru ni. ingat nak balik last week,tp uncle dah terjebak dengan kemalangan yg tak bape nak tragis. raya nanti uncle balik tgk anak buah yg sorg nih. cant wait. 

papa danial ada ajak uncle balik skali, tapi hati ni masih salju di danau rindu pada 6113 yg sedang sakit dan berada di klinik. raya nanti pun mungkin belum terubat salju dan rindu uncle nih.

uncle doakan danial menjadi anak yg soleh, taat pada Allah, Rasul, Agama, Ibu, Bapa. insyaAllah, uncle akan bimbing sekadar yg termampu.

ke bintang!!!

#bermulalah ujian utk mu di muka bumi Allah ini syg

Sunday, August 15, 2010

tragedi 1 Ramadhan 1431H

hopefully, org tak tanya dah aku ape jadi:

lokasi kejadian: lebuhraya utara selatan, KM 293, sebelum exit putra mahkota, menghala selatan.
tarikh kejadian: 11 Aug 2010/ 1 Ramadhan 1431H
masa kejadian: 2.50pm

amik keputusan lepas break lunch training, balik melaka terus. sbb training pun tak dapat ape2. rasa amat rugi company byr training mahal2, tapi tak dapat ape yg ditarget mcm previous one. 

tgh drive molek2, dengan kelajuan highway 110km/j (ni mmg aku sure), tiba2 tgk depan dah dekat ngan kete depan. aku yg masa tu dok kat line tengah, teruk pusing steering ke kanan dan membrek. aku rasa aku mmg pijak brek tu kuat amat la.

kete terus hilang kawalan, melayang baik punya masuk kat dlm parit tepi highway. kete aku sorg je yg terbabit dlm kejadian yg tak bape nak mengerikan nih.

tergamam jap aku dlm kete yg airbag nye tak terbuka pun. maybe sbb tak hit depan. matikan engine kete. pastu dok termenung dlm kete. btul ke ape yg jadi nih. dah agak2 waras, baru kluar dari kete. oh, btul rupanya. panas terik ni. kat mana lak aku nih. ape nak buat. tenang2...

call tow truck. 430pm kete naik atas highway balik. aku ok je, cuma blunt injury. sbb badan terhempas. luka kat kaki sket.

cuaca panas ye masa tu. btw, ramai speculate aku ngantok. tidak ye, mata segar je masa tu. sbb tak tersengguk pun time bawak kete tu sbb ngantok. aku mcm khayal time tu. oh ye, aku pun tak bermain HP time tu k. aku mmg khayal. siap aku tak sure masa tu aku kat mana. dah sampai mana pun tak tahu.

nak kata tak hati2, rasanya semua tip top. tp ape la yang aku khayalkan time tu. haish...

tragedi 1 ramadhan 1431H...patah kaki ke? sikit je la...2nd car ada lagik...sib baik...

ke parit!!! (tak ke bintang this time)




Tuesday, August 10, 2010

ramadhan 1431H


alhamdulillah, moga bertemulah aku dgn ramadhan tahun nih. tinggal satu hari shj. tak sangka, dah setahun bulan rahmat ni pergi. skrg dah kembali. sgt hampir ngan aku. cuma masih risau, adakah aku dah betul2 bersedia menyambut ramadhan nih?

usaha dari awal dah dibuat. aku berdoa, ramadhan kali ni aku dapat manfaatkan sebaik mungkin. aku tak mau lagi biarkan ramadhan dtg dan berlalu mcm tu je. plan yg terbaik utk ramadhan kali nih. bunyi mcm senang je kan, tapi tak semudah yg disangka. semua perlu ada pengorbanan dan tekad serta nekad yg tinggi.

inysaAllah, dengan kawan2 yg slalu ingat mengingati, moga2 tercapai la matlamat ramadhan tahun ini. aku betul2 berharap memperoleh barakah bulan ramadhan ni.

target utk ramadhan tahun nih:

1. khatam al-quran
2. bgn solat malam
3. tak mo tinggal terawih (last year hampir berjaya) thn ni nak repeat bg suksess
4. pergi kuliah

susah gak target thn nih. tp akan aku cuba sedaya upaya. moga Allah permudahkan niat aku nih....

"Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah, penghujungnya pembebasan dari api neraka..."

ke bintang!!!