Wednesday, September 14, 2011

BOSAN?

Listening : TIBA

Hidup ni terlalu singkat untuk penuhkan masa yang terluang dengan MERUNGUT. Kadang-kadang aku pelik dengan diri sendiri. Macam mana aku boleh rasa bosan? Banyak perkara yang mampu aku buat, tapi masih juga aku rasa bosan. 

Inilah manusia. Bunyi macam satu alasan, tapi sebenarnya menunjukkan kelemahan diri sendiri. Seronok bila dapat penuhkan masa-masa terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Contoh - Update Blog. Haha. Aku rasa tak ada benda paling berfaedah dari mengisi masa yang terluang dengan membaca. Manfaat? Pergh....! Tanya budak universiti yang exam nya esok. Perkataan mengelabah yang akan keluar "Aku tak baca lagi bab tu....". Aku pun dah lama tak sambung baca buku-buku yang bertimbun kat atas rak. Silap-silap dah berhabuk.

Ini semua ke Bhutan la nih. Nampak sangat general knowledge dah kurang. Tapi tau la Amy Winehouse tu siapa. Ni pun sebab tertengok MTVasia. Dan terhangat pasal Miss Universe Malaysia - yang ni pulak tau dari FB kawan-kawan. BTW, Bhutan tu adalah sebuah negara di kawasan Himalaya. Aku dapat tahu pun dari member je.

Waktu rehat kerja pun dah tamat. 

LOVE, ZAID....

# nak jadikan buku teman baik

No comments:

Post a Comment