Tuesday, April 20, 2010

it wasn't good for me

penat amat. mohon kekuatan dari yg maha Esa. kembalikan semangat utk berjuang. lemah gila badan. sah2 smlm tido jam 4am. hari ni lak tak tahu la pukul bape leh tido nih. isya' pun tak performed lagik nih. sambung buat copy of 500 cds. dah mcm cawangan cetak rompak dah aku nih...

bilik pun dah tak rupa bilik dah. org lain pun ada 24jam gak. tp kemana hilang jam2 yg Dia berikan padaku? adeh. takot lak tiba2 dlm bilik ni ada ulau sawa ke. i am no longer domestic, as SN said.
sempat gak aku titipkan isi hati yg sedang berduka lara sbb ya Allah, amat bz this month. tak tahu how to handle the pressure. sape2 yg terkena tempias, aku nak mintak mahap kat sini. i m so so so sorry. dont meant it at all k. rasa cam kena bully je.
tadi siang, handled a workshop session for internal group of staffs. penat amat aku. sah2 tido jam 4am smlm. hari ni kena lead the event. naik weng otak aku yg dah mmg sedia weng nih. emosi kurang stabil. ada yg sibuk2 tanya what happened on last Friday. suro aku rilek2. ala, dapat cuti hari jumaat, lg mau cakap bnyk. hv commitment with the family bagai. like i don't have my own family. aku dah bape lama tak balik kg. yg dok sejam setengah dari melaka ni pun, nak cuti panjang2. gi mampos semua. emosi makin membara bila igt2 balik.
boss lak asyik, zaid, zaid, zaid. penat la saya boss. saya pun human being. takat dapat merit tu, tak dapat pun takpe la. janji saya tak penat. dah la event organizer nyaris2 kena ngan aku tadi. ingat aku ni kuli2 korg ke? demit btol. hahaha...emosi masih tak stabil mlm2 nih.
alangkah baik kalu aku dapat jadi mcam ongeh. yg diri tak lekang ngan masjid/surau. tak lekang dari Quran. hebat, pada pandangan mata aku la. admire ko. insyaAllah, akan jadi seperti mu. ntah bila tak tahu la. kawe sdg berusaha. bukan mudah nak jadi baik ni. cabaran amat besar.

for a start, aku burn kan cd bakip yg 500 copies ni...

ke bintang!!!

# ni la akibat tinggal lama ayat2 suci....Al-Quran

Monday, April 19, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN, ABAH

ayahanda, selamat menyambut ulang tahun ke 63. setelah pemergian ibu 4 tahun yg lalu, kini tinggal abah seorg tempat menumpang kasih. jasa & kasih syg mu takkan mampu utkku balas. berat beban ini. walaupun nampak otai, tp jauh di sudut hati, aku tau abah tetap syg pada aku, dan anak2 yang lain.

ingat lagi time result spm kluar. abah org paling kecoh. sbb result aku tak seberapa, baginya. siap cakap, mcm ne nak masuk uni. tp, lepas roger2 pada kawan2 yg lain, baru la dia lega. result aku tak la teruk mana. hehehe.

usik mengusik antara aku ngan abah, mmg terbaik. gurau senda yg biasa2. usik mengusik manja. cuma abah ni hati nye halus. suka simpan dlm. tempat meluahkan dan berkongsi, adalah aku. sesuatu yg istimewa utk aku.

utk abah, zaid tetap syg abah. zaid mintak ampun & maaf utk segalanya. semoga Allah panjangkan usia, murahkan rezki, di Rahmati olehNya sentiasa. Amin...

ke bintang!!!

# abah penah nak join aku gi karoke...abah abah...hehe

Sunday, April 18, 2010

kesayanganku...



dapat gak aku lepaskan rindu pada insan yg aku sayang. lepak2 sambil main2 ngan anak buah. bukan slalu dapat main ngan anis syg nih. rindu2 jadi kenang2an. dah besar nanti jd anak yg baik k sayang.

ke bintang!!!

# rindu makin bertambah

this is my last....hopefully

hari2 berasap je kerja. tp lately sgt teruk. dlm masa 30minutes leh abis 3 or 4 bats. leh gila aku. sian perut masuk asap. hahaha. perut je ke? ye la yela..
sian otak, sian paru2....
jantung takde sgt effect ko...wakakaka..

gigi effected gak
bibir dah mmg tak pink, so dont hv to worry about it.

ok la, i should quit smoken...bg la asap2 ni kat flare2 ppm je. 
pancit lak nanti nak bermain futsal
dan bermarathon
dan kkp udeh deket amet
mau berlari2 dlm padang 1 minit setengah pastu mintak kluar
ada gak yg tekan balun ngan coach

life is totally different now
but, dah nak dekat 27thn ni (so soon)
i want to make change in ma life
hahaha
yo yo o je 

katakan TAKNAK!!!
bak petua ongeh, bawak roks, tp jgn bawak lighter...ape kejadahnye..o mak ai...

ke bintang!!!

# kalu aku gemok pasni, tahu2 la sbb ape kan....aiseh

Saturday, April 17, 2010

NO 18

aku tarik picu. bang bang boom. cam lain je bunyi nye. terbaik. dah nak give up dah, tp tak jadi...

ke bintang!!!

# lobam badan den ni ha..bak kata kuek "lovebite"

Friday, April 16, 2010

kerja tgh malam

tiap2 31/3 ni la kerja kami. kena kerja lewat mlm. sampai pagi esoknya. oh ye, teringat lak, in leu aku masih ada. yeha...tak tahu la nak pakai bila. time2 ni tak bape molek nak bercuti. haha. jam 1130pm masuk opis smula. jam 1230, masuk oms. dibrief pasal tugasan mlm itu. malam mende, dah masuk pagik. cabut2 undi, pilih kawasan mana nak gi. as targeted, aku nak gi mg3 tanks, dapat. lego den. rendah2 je tanks nye...
sesi di kelentong oleh pok man. mata dah kuyu sorg2....auditor yg kena buli...ahak2
sian osmet aku ni, tertido kat workstation. ala2 bucuk. siap ada bunga...

ke bintang!!!

# thn depan rasa cam malas nak naik

Thursday, April 15, 2010

satu, dua, tiga!!!

bergembira bersama2 geng2 opis. selepas penat entertained org2 dari MOF. penat amat.
aku mencuba.sib baik pitching tak lari weh. mungkin from Anuar Zain.
tarik sket...sib baik gumuk, tak nampak urat tengkok.
bersama kak rohana...segalanya utk ku...aiseh

2 hausmate yg bajet rowk...hahaha.

ke bintang!!!

# aku dia kamu dan kita

antara cinta kamu dan DIA

masing2 mencari cinta utk diri sendiri.
lihat kiri.
lihat kanan. 
aku? antara salah satu
yg masih lagi mencari cinta
cinta utk hati
dan cinta utk jiwa

fikiran aku dijentik
tersedar dari angau
terbangun dari lena

aku masih sendiri
hati masih sepi
utk siapa jiwa ini
utk siapa rasa ini
utk siapa cinta ini

pikiran aku melayang lagi hari ni. mungkin rindu pada seseorg. yg istimewa dlm hidup aku. asyik teringat tentang nya. adeh...mungkin kah ada cinta utk aku dlm hatinya? susah nak cakap. susah nak agak. aku tak pandai dlm bab2 mengagak cinta cintun ni. lurus bendul sket. hahaha.

dah lama tak dapat msg dari dia. hati rasa rindu. bila jumpa sgt serasi. hilang segala resah. aku harap dia cinta yg aku cari. bg aku....kau teristimewa...pergh, jiwang karat lak gua tgh2 hari kamis nih.

susah nak cakap pasal hati nih.pelik.kadang2 ada rasa.tapi slalu takde rasa.hati kering? mungkin jugak. bak kata org, "dalam hati ada taman"...cam siot. berfikir2 tentang masa depan. baju pun dah basuh smlm. selesai. esok kerja satu hari lagi. then balik kg. mlm ni nak kemas barang2 utk berjalan jaoh esok. rindu pada kg....

ke bintang!!!

# cuti2 ni tulis blog best gak

Wednesday, April 14, 2010

kelahiran

kelahiran yg dinanti. tp bukan aku la, si parent baby comel ni. nama sgt indah: KHALIF IMRAN. uncle doakan khalif menjadi insan yg patuh & taat pada Allah, Rasul, Agama dan ibubapa. menjadi insan yg berguna dan berjaya. tidak lupa diri, dan senantiasa menghormati dan menyayangi ibubapa. tabah menghadapi dugaan dunia fana ni. jadilah insan yg terbaek!!!

bila turn aku lak ni.ohoooiiiii...
pegang btol2 aida. time uncle dtg smlm, sempat tengok time nurse bawak gi bilik baby je. so comel.
kawan2 datang melawat. berbunga2 semua.
tahniah mama khalif. be strong. hari ni dah bole discharge.kena la pantang pasni. ahaaha.

ke bintang!!!

# gambar2 ni amik dari FB mama khalif sendiri. wa tak sempat nak snap2 gambar baby

Tuesday, April 13, 2010

buaya hijau oren

ni la sandal yg telah berjaya membantu aku utk naik dan turun dari endau rompin. dari melaka, sampai ke kluang, sampai ke kg peta, sampai ke kuala jasin, kemudian ke kuala merong, terus ke batu hampar, sambung ke takah kunyit, akhirnya ke buaya sangkut...terbaik...








yeah...kakiku berdarah2. dah rupa org period dah.hahaha. masyuk...

ke bintang!!!

# agak2 crocs nak taja aku tak?

mind blowing: endau-rompin


dah lama tak gi outdoor. sesekali dapat gi mcm ni, mmg best. ramai2 lak tu. ekspedisi endau-rompin. mmg terbaik. penat yg amat. kaki rasa nak tercabut. tp puas hati. dah la aku terlambat masa hari nak bertolak. tak sedar langsung. tertido lepas suboh. ni la bahana nye. sori kawan2 saya punca anda semua terlambat.kepenatan 500%. bole gila aku. kalu ada rezki, mau pegi lagi. tp bukan la dlm masa terdekat ni. sbb letih endau pun tak ilang lagik. hehehe...
pengalaman naik 4w4 mmg best. berejam jugak la dok dlm kete sambil terloncat2. hahaha.. jln mmg tak terbaik. berlobang sana sini. sakit jiwa. perut pun jadi lapar. ni antara halang2an yg perlu dihadapi. sib baik ada mamat2 ashkar nih...buat kerja molek2 deh.

4w4 yg meredah jambatan yg di alter oleh mamat2 askar yg ntah dari mana datang ntah. tiba2 muncul diorg ni. dah mcm chipsmore. hahaha. best dowh. dapat gak la rasa tido dlm 4w4 yg terloncat2. bukan aku sorg je weh. semua dlm 4w4 tu pun bantai tido. macam ne kitorg leh tido jgn le tanya. tp mmg lena. cuma skali skala terkejut beruk. hahaha

naik sampan panjang. best2.dah lama aku tak naik bot ni. lama gak. lebih kurang 45 minit. terasa aman amat. tenang. lapang otak. betul la org cakap. kalu serabut kepala, dekatkan diri ngan alam. insyaAllah, tenang kita. bak kata ongeh "lepak kat batu tepi pantai sambil baca buku..." pergh...ni kes berat ni...aku berlari ke pantai, teriak ku..kenapa tak pecahkan saja...aku dah tak ingat..
as professional photoghaper, aku kena la snap2 gambar2 kawan2 yg lain. gambar aku mmg takde le. sbb aku yg amik gambar org2. hehehe. cantik sungguh ciptaan Allah. belajar dari alam, bak kata pokman...
dah sampai kat sana, kena camping. cross sungai bagai tgh2 mlm.takde la tgh sgt. awal malam. hahha.tapi seriau gak. masuk utan malam2. slalu siang2 dong. gambar atas ni kat batu hampar. bukan batu hampar kat taiping ye. di jauh di dlm utan.mmg terbaik. kat sini jugak la aku merasa solat jamak atas batu tepi sungai.
oh yeah..gambar gue. sudah tak ingat di mana....ceria sungguh kawe...jambu!!!bak kata ongeh.
cendawan yg amat besar. chantek...hahaha
the team yg rowk!!!korg terbaik, kita terbaek!!!
beramah mesra ngan ongerh...hahahaha..minoh kile!!!
angle lain pulak. tapi tetap masih bermesra....
oh tasik biru yg si ongeh sibuk sgt nak gi. akhir nya, dapat gak kita mandi2 kat tasik biru ni.saheh, airnya mmg biru amat deh. gambar ni saje bg effects lebih sket. tp sebenarnye aku salah mode masa amik pix nih..sendri paham la kan. atas2 tu ayat2 cover.
oh yeah....me myself and i
ni pulak kat kuala jasin. bgn lepas solat suboh. lepak2 tepi batu kat sungai.terbaik weh.siap pakai kain pelikat lagi. gambar tak bape nak clear sbb camera berwap. ujan weh.
Alhamdulillah, hari kembali terang. selepas 2 hari 2 mlm, baru dapat cahaya matahari.baru la terasa nikmat. atas bot panjang. nak balik ke kg peta. barang2 letak depan. tangan yg berbulu tu tgn si Jambu...ongeh.haha
ada gak gambar gue atas bot panjang...yus mencelah di situ...
indah ciptaan Nya...damai
sang ongeh tgh korek rahsia dari Kini. jeng3
ni la 4w4 yg aku naik bersama2 rakan2 yg lain.tergreat. hahha.asyik terbaik je...bosang lak
muzium endau rompin.cantik tempat ni.tebaek jugak la...hohohoh
bukti kehadiran ditinggalkan di sini. 
ni bukan tunjuk langit k. ni tunjuk tepi je
kawan2 yg sempoi
ni la rakan sekhemah. tapi yg tido dlm kemah aku sekor je. yg lain tidor atas meja. tak aci sungguh
singgah2 sempat amik gambar. tulang belulang dah longgar.
hallamak...tayau pancit la pulak. sape yg bgtau ni..mana saga biru tu.marah tol aku..keh2

sesekali gi outdoor ni, dapat gak buat kawan2 baru. rapat2 ngan org yg sebelum ni kenal2 mcm tu je. skrg rasa mcm bonding makin kuat. seronok. 3 hari yg amat best. sgt penat, tapi mmg best. hujan sepanjang hari. tapi hari terakhir, tidak hujan lagik. siap belajar mcm2 benda baru. kongsi mcm2 pengalaman. masalah terbuang mcm tu je. sepakat membwa berkat.tinggalkan hiruk pikuk kota. tinggalkan meja kerja kejap. kena gigit ngan pacat bagai. darah2 sana sini.

kenanga terindah yg akan aku ingat, pok man kena ngan guider..."2 tahun lagi tumbuh la pokok epal kat sini...: hahaha..terbaik sungguh.

thanks to kawan2, ongeh, mail, pok man, yus, yg menjadikan trip ni sgt hebat. nanti kita gi stong lak. sgt terbaik...lagi satu kenangan tersemat indah dalam lipat ingatan.

Allah Maha Besar...

ke bintang!!!

# jom jalan2, semuanya ada di sini...