Thursday, January 12, 2012

SESUATU YANG TERTANGGUH #1

Live Like We Are Dying
Kris Allen 


Bukan semua perkara yang dicita-citakan akan mampu dicapai. Terutamanya cinta seorang insan. Merasa seperti sudah melakukan banyak perkara yang terbaik, namun, itu hanya rasa. Pada zahir mata yang melihat, boleh sama sekali tidak serupa yang dirasa. Banyak perkara tertangguh. Tertangguh kerana rasa cinta itu.

*****

"Awak, bulan 3 tahun depan, jangan pegi mana-mana ok", Zulaika memulakan bicara.

Merasa sesuatu yang kurang senang, Yusuf membalas "Awak nak kawin ke?"

Hanya debar menanti jawapan. 

"Ye awak. So, bulan 3 nanti, jangan takde pulak ye..." respon Zulaika.

Yusuf tak lagi mampu untuk meneruskan bicara. Walau cuma melalui sms di telefon. Mungkin ada rasa kecewa. Bercampur baur rasa gembira untuk Zulaika. Masih kurang pasti akan perasaan yang sedang dialami Yusuf. Tiada lagi bunyi nada dering sms masuk. Keringat untuk menekan kekunci telefon meneruskan bicara sms, terhenti.

Apakah ini petanda hati. Banyak perkara yang ingin dilakukan, seringkali tertangguh. Tak pernah sekali pun berjaya dilakukan. Bisik hati Yusuf pada dirinya.

Perkenalan Yusuf dan Zulaika bukan setahun dua. Tapi sudah hampir 11 tahun. Perkenalan yang istimewa bagi Yusuf. Ketika di universiti. Yusuf mengimbas di kotak pemikirannya.

Minggu Orientasi Bermula

Yusuf terlihat sesusuk tubuh gadis yang menarik hatinya. Mungkin kerana ini rasa yang pertamanya. Yusuf masih kurang pasti. Tapi yang nyata, Yusuf tertarik. 

"Itu Zulaika, kawan satu matrikulasi aku" kata Adam pada Yusuf. 

"Cantik orangnya..." sambil tersenyum Yusuf membalas.

Seperti satu kemestian, malam penutupan setiap minggu orientasi, akan ada persembahan daripada pelajar-pelajar baru. Persembahan di kolej kediaman. Mengikut floor masing-masing. Floor Yusuf hanya melakukan persembahan yang ringkas.

Selesai persembahan, Yusuf dan Adam mengambil posisi di tempat penonton. Terhibur hati dengan persembahan-persembahan kawan-kawan yang lain. Masing-masing cuba dengan cara terbaik untuk menunjukkan kreativiti. Namun, hanya satu persembahan yang membuatkan Yusuf tidak dapat duduk tenang. 

"Chenderawasih....." lunak suara seorang pelajar perempuan mengalunkan lagu dikir.

Yusuf tercari-cari dari susuk yang mana suara merdu itu. Malang, pentas sangat samar-samar. Hanya bergantung pada lampu-lampu sekitar kawasan letak kereta. 

"Siapa yang menyanyi tu?" soal Yusuf pada Adam.

"Tu...Takkan kau tak nampak?" jawab Adam ringkas sambil menunding jarinya ke arah pentas.

"Aku tak nampak yang mana satu..." mata Yusuf masih liar mencari.

Usai sudah persembahan floor tadi. Yusuf gagal mengesan milik siapa suara itu. Namun yang pasti, irama Chenderawasih, berulang kali berputar dalam fikiran Yusuf. 

"Siapa yang menyanyi lagu tu tadi ye? Aku sampai diorang dah habis, tak cam jugak tuan punya badan", bicara Yusuf sendirian.

bersambung...

LOVE, ZAID...

# diri akan lebih kuat, jika berani melepaskan sesuatu yang disayangi...

STOP, THINK & ACT

Bicara Hati
Lena

HARI NI MINUM TEH O PANAS JE....KOPAK LA HARI DOLCE
Yesterday was not a good start of my day. All of sudden, been assigned to non related big task with my position. Hell yeah, I was really pissed off. Walk away from the meeting room after the shitbrix meeting finished. I think, they can really saw it through my face expression. Since the company introduced so many level of reporting, my section is suffering. And now, the new captain assigned another big important task to us. 

Straight walked to tender room and spent the balance hours before lunch there. And I am very thankful that I went to complete the tender. Otherwise....

Here the thing la, if anything bad happened to myself, I will take a break, to think and rethink wisely. Yela, takde la nak terus lepaskan everything. Obviously, it is not good for me, and especially for the environment. Luckily ada twitter, bole emo-emo kat situ. 

BAJU DARI UK...

Semalam jugak aku terlayan TITANIC, and menyebabkan aku tido sgt lambat. Pukul 3 pagi baru tido. Dan sekarang, aku mengantuk amat di workstation nih. Mana tak nya, balik dari futsal malam tadi, dah pekena mee segera goreng (Megi Goreng la), pastu tido lambat. Memang lalalala la aku kat opis hari nih. Yang penting, semalam smart-smart pakai sleeveless, kena jadi keeper. Sib baik cemerlang (atas feedback kawan-kawan la). Tapi dapat gak tukar jap-jap untuk ke posisi striker. Oh, dan Ayil (futsal member yg selalu aku compete tahap kepancitan ngan aku) cakap semalam, aku tak nampak pancit malam tadi. With disclaimer, "Ko banyak ngelat.." dia cakap kat aku...

LOVE, ZAID...

# pelajaran dari kesilapan memang paling berharga, tapi jangan hanya dari kesilapan sendiri. belajar juga dari kesilapan orang lain....

Wednesday, January 11, 2012

PJ DAWN 2012

Berdiri Bulu Romaku
Hetty Koes Endan & Endy Anjasmara


Dengan berbahagianya, telah success registered for 21KM PJ Dawn 2012. If Singapore ada SUNDOWN, Malaysia ada PJ DAWN. Kena train hard la ini macam. My second HM. And aku rasa the last one la kot. Unless ada yang lagi best to involve with.

LOVE, ZAID...


# yang hujung minggu ni pun tak tau ape nasib...

Saturday, January 7, 2012

PILIHAN MASING-MASING

KU PINANG KAU DENGAN BISMILLAH by UNGU & ROSSA

First Run for 2012
Terasa lama pulak minggu ni nak menjengah ke hari minggu. Perlahan je masa berlalu. Dan untuk 2 hari berturut-turut, balik lepas pukul 8pm dari opis. Juga baju sukan yang dibawa hari ni, tetap kering dalam kereta. Gara-gara menunggu En Boss sampai ke opis untuk review monthly report.

Terlepas peluang keemasan untuk hang out dengan kawan-kawan yang fabulous & famous. Rasanya semalam diorg gi makan kat Fish Shop. Entah, aku pun tak sure sangat. Banyak nau restoran pelik kat sini. Hari ni lak, dengan late invitation, mbr ajak gi lepak-lepak starbucks JJ. Aku dengan bahagia dan bersungguh-sungguh confirmkan since when starbuck ada buka kat JJ. Ternyata, dah lama aku tak gi town. Bukan apa, sangat la takde kederat nak redah traffic light yang berlambak untuk sampai ke town, jugak drivers yang slow sekitar bandar ni. 

Next time la kot, baru nak lepak ngan kawan-kawan. Salah pilih rehat di rumah berbanding ke town tu. 

Pilihan masing-masing...

LOVE, ZAID...


# somehow, hari ni dapat lagik soalan cepu cemas...adeh

KAHWIN

Love The Way You Lide
Eminem Ft. Rihana

NIKMAT TUHAN YANG MANA KAU DUSTAKAN - AR RAHMAN

Soalan yang berlainan tapi masih membawa maksud atau pun makna yang sama. 

"Bila nak merasa makan nasi minyak?"

Masih sekitar cerita seperti semalam. Hari ini, ada pula yang bertanyakan soalan yang lain, tapi membawa erti dan tujuan yang saling tak tumpah seperti semalam. Boleh saja kalau nak makan nasi minyak, aku boleh masak. Yang pasti, bukan itu tujuan soalan.

Tak sangka, orang yang biasa macam aku, ramai juga yang ambil berat. Ambil berat dalam bahasa sopan, kalau bahasa yang kurang enak, jaga tepi kain orang. Macam biasa, aku tukarkan ion-ion negatif tu kepada ion-ion positive. Hati tak runsing, otak tak serabut.

Bila sudah sampai level macam ni, aku takde sedikit rasa pun nak kawin. Buat masa ini, aku rasa ok je hidup sorang-sorang. Salah ke kalau tak berkahwin? Takkan nak kawin sebab orang asyik bertanya. Pressure dari masyarakat ni takkan habis. Bila dah berkahwin, akan ada pulak yang sibuk bertanya bila nak ada anak. Dah ada satu, ada pulak nanti yang bertanya bila pulak nak dapat yang kedua. Kalau hidup nak puaskan hati orang lain, yang tak pernah pun bagi apa-apa pada aku, memang tak larat la nak kejar.

Apa-apa pun, aku nak berterima kasih pada kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang yang tak putus-putus nak carikan jodoh untuk aku. Ramai yang ikhlas nak tolong, walaupun ada segelintir ada kepentingan sendiri. Maaf, saya tak rasa untuk jatuh cinta, atau berkahwin buat masa ni.

LOVE, ZAID


# Cinta: Rahsia Allah....

Friday, January 6, 2012

MEMILIH SANGAT NI!!!

A Thousan Years
Christina Perri

TEMAN SETIA
Credit to SN Khamis
Lama ambil masa untuk diri sendiri dalam keadaan yang sangat waras, Sudah sampai masa yang elok untuk meluahkan sesuatu.

Soalan kegemaran orang yang kenal dengan aku (kecuali family members):

" Bila nak kawin ni...?"

Penat nak jawab soalan macam nih. Dalam masa yang sama, terasa jugak apasal la diorang ni sangat busy body pasal aku. Tapi aku cuba shift kan pemikiran-pemikiran yang negative tu ke positive. Maybe diorang concern pasal aku. Or, mungkin jugak diorang ada calon untuk aku. Sekadar untuk menenangkan diri dan menerbalikkan aura negative dalam diri. Aiseh!

Bila kita jawab soalan pertama tadi, akan terpacul pulak soalan kedua. Yang pada aku, lebih kepada JUDGEMENT!!! (tanda seruan menandakan marah...hehe).

"Memilih sangat nih..!!??"

Aduh, macam-macam perangai manusia dalam dunia ni. Tapi, dalam macam-macam bentuk perangai, ini adalah yg paling common. And dalam seumur hidup aku yang dah nak masuk 29 tahun nih, tak pernah sekali lagi pun ada penyataan ni yang aku dapat:

"BELUM SAMPAI JODOH LA TU...."

Malangnya, pernyataan itulah yang aku selalu gunakan untuk response pada kedua-dua soalan sebelumnya.

Aku marah? Tak sama sekali. Sebabnya, hanya aku tahu apa yang orang lain tak tahu. Orang bole cakap aku memilih, tapi hanya aku yang tahu. Ada juga yang kata aku ni ego, ternyata, ego tu dah aku buang jauh-jauh. Yang amat pasti, ALLAH lebih tahu segalanya....

CINTA itu bukan milik aku

LOVE, ZAID...

# air mata menitis di tikar sejadah, kerana seorang wanita...akhirnya, tewas...