Wednesday, March 28, 2012

JANGAN LUPA...

Everybody Has A Dream
Jessica Sanchez

Ni kira souvenir la kot, walaupun aku pesan untuk diorang beli as aku nye collection...

Bro, jangan lupa souvenir ok!

Well, tu ayat yang kita selalu dengar bila orang dapat tahu kita tengah plan or dah confirm untuk berehat dari pejabat, dan pergi vacation. Not limited to vacation only aku rasa, but, kalau dapat outstation to any interesting place, surely, akan dapat the first statement kat atas tu.

Ada member tanya - Bro, tak mintak apa-apa buah tangan dari orang gi Abu Dhabi ke?

Aku balas - For me, there is a special definition of Sorviner....

Wikipedia
souvenir (from French, for a remembrance or memory),[1] mementokeepsake or token of remembrance[1] is an object a person acquires for the memories the owner associates with it.

Well, aku memang tak pernah mintak any souvenir from kawan-kawan yang gi mana-mana. Wikipedia dah bagi jawapan kat atas tu.

Token of remembrance...Individu tu akan beli something dengan sendirinya, if dia ingat kat kita. So, kenapa nak meminta-minta? Kan menyusahkan kawan yang tengah syok bercuti. Kalau gi negara-negara yang currency rendah compare to Malaysia okaylah, bayangkan kalau gi UK, US, OZ, Jepun dan sealiran dengannya, pening kepala jugak. 

Thanks to Sayra sebab she gave me this nice thought - It is not the value, but the thought counts the most. Ayat ni aku dapat masa aku beli fridge magnet yang murah for her masa visit somewhere (sorry, wa dah lupa, sign of ageing...)

LOVE, ZAID...

# macam cakap tak serupa bikin kan? cakap tak mintak/tak nak susahkan kawan, tapi kirim beli collectible item from HRC...haih

Tuesday, March 27, 2012

OUT OF OFFICE

Rumor Has It
Adele

Sekali-sekala tak berada di pejabat terasa sangat sejuk (Cool). Hampir seminggu berjaya untuk tidak berada di pejabat. Bermula dengan menghadiri forum di Langkawi, selama 4 hari, memang terbaik. Disambung dengan percutian yang telah lama dirancang bersama rakan-rakan sekerja. Amat terbaik dari biasa.

Saigon - 16042012
Belum berkesempatan untuk melawat negara-negara berhampiran. Agak sekian lama. Terakhir melawat Bandung. Baiklah, bukan melawat sangat, sebab menemani kawan untuk membeli-belah. Dan pada permulaan 2012, telah memilih untuk melawat (baiklah, membeli belah juga), di negara jiran sahaja.

Perjalanan menaiki Air Asia mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Oh iya, rakan-rakan sepejabat tidak langsung mengetahui percutian aku kali ini. Berjaya untuk tidak menghebohkannya, sehingga aku berada di HCMC. Terbaik bukan? 

mencari arah kiblat


dah nak sesat ni...rujuk peta 
Memang kurang menarik jika bercuti seorang diri. Jadi, rakan-rakan yang menemani sangat sejuk. Paling tidak, gembira bila dapat tengok kawan-kawan yang tak dapat menahan diri dari membeli belah. 

peneman di hcmc
Sudah tentu, jika melawat negara orang, ada perkara yang kita lihat kehadapan (looking forward). Pasti juga ada yang kita suka, dan kita tak suka. Macam pepatah melayu "Hujan Emas Di Negari Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri..."

tempat paling dilihat kehadapan semasa di hcmc
kopi hajah basiroh

kueh teow sup hajah basiroh

nak tau sedap atau tak, kena cuba sendiri....
Suka:
  • makanan kat sana memang best - paling terbayang-bayang, Ayam Goreng Serai di Halal@Saigon
  • kopi ais hajah basiroh - tak pekena sehari, memang ada yang tak kena
  • kueh teow sup hajah basiroh - since berada di negara orang, why not try something local...nice woh
  • tailor made shirt, pant and suit - puas hati? sangat puas hati - dan murah weh!!!
Tak suka:
  • sangat sukar untuk berkomunikasi dengan orang-orang di sana - mereka bukan takat kurang fasih berbahasa ingeris, malahan ada yang tak mampu langsung
  • sangat tak ramah orang-orang di sana - saya amat tak suka
  • tangan akan selalu dipegang oleh peniaga-peniaga di Pasar Ben Than - nak suruh kita beli barang 
  • agak kotor dimerata tempat

Yang tidak akan dilupakan:
  • ada seorang uncle yang menjual buah kelapa (air kelapa fresh la). tiap-tiap kali aku lalu dekat dengan dia, dia akan please aku untuk beli buah kelapa dia. ingat lagi muka dia bila nampak aku. sangat kelakar...tapi sampai sudah, aku tak beli....
  • tawar menawar untuk beli kain dalam pasar Ben Than. Auntie ni sangat ramah. Dan yang pasti, aku dapat diskaun yang sangat menarik. Looking forward to meet you again Auntie...Kedai 502 kalau tak silap aku. Business card dia hilang ntah ke mana.
  • ada satu kedai embroidery near Le Loi street. Auntie and Nanny yang jaga kedai ni sangat fasih berbahasa ingeris. aku sangat gembira bila dapat jumpa dengan orang tempatan yang fasih berbahasa ingeris. 
  • kopi ais hajah basiroh!!!! Mai sechewen....dahaga lak aku sekarang

LOVE, ZAID....

# masih tertanya-tanya, mungkinkah kerana sistem pendidikan mereka yang tak mementingkan bahasa ingeris....
# CNN, AL Jazeera, BBC ... atau TEXAS? hehehe

Monday, March 12, 2012

Yang Pertama

When I Was Young
Rizzle Kicks



First time naik MAS untuk domestic travel. Sebelum ni memang AA yang menjadi pilihan. Obviously sebab harganya sangat murah. Memandangkan ini adalah business related punya travel, aku pilih untuk merasa naik MAS.

21A - Landasan
Aku duduk mengenakan headphone Sony aku, tapi music tidak dipasang kerana belum berada di udara. Mata makin kecik. Sedar je flight dah ready to take off. Mak ai, 18 minit aku tidur rupanya tadi.

21A - Udara
Dah berada di udara. Aku pasang MP3. Ada majalah Going Places Malaysia Airlines dalam poket tempat duduk hadapan. Selalu baca eh, selak-selak Going Places AA saja, kali ini dapat selak Malaysia Airlines punya. Sehelai demi sehelai aku selak, terhenti pada muka surat "To Know Malaysia".

Baru Aku Tahu!
My sweet hometown was the First in Line once. Banyak juga rupanya. Sebelum ini aku tau Landasan Keretapi dan Penjara sahaja. But there were few more.

  • Telegraph connection PERTAMA
  • Government Hospital PERTAMA
  • Library PERTAMA
  • Museum PERTAMA
  • Post Office PERTAMA
  • Clock Tower PERTAMA
Ilmu, bisa diperolehi di mana-mana sahaja. Hatta pembungkus nasi lemak.

LOVE, ZAID . . .

# Chong Wei tarik diri semalam, Malek Noor mengakhiri zaman bujang hari ini....hmmmm