Friday, December 23, 2011

KADANG-KADANG JUMPA

IMPIAN ANAK JALANAN by KEMBARA

EN JANGGUT BERSAMA GALAXY TAB 10 YANG AMPES...HEHE

Bila kadang-kadang jumpa, banyak cerita yang masing-masing nak story. Jenuh la jugak nak bawak cari makan kat area Melaka ni. Sebab takde la tahu sangat mana tempat yang special. Plus, datang tengah-tengah bulan, kena pulak aku baru balik dari outstation, padan muka. Bawak makan tandori je la.

Dalam dunia ini, ada macam-macam jenis manusia (sangat klishe). Nak jugak sebut. Ada yang baik, ada yang nakal, ada yang soleh, ada yg tholeh, ada laki, ada perempuan. Macam-macam lagi la. Ada yang cepat emo (macam aku dulu-dulu, sekarang mana ada emo dah...), ada yang jenis penyabar (macam aku sekarang..haha).

Tapi benda macam inilah yang bagi ceria hidup kita kat dunia nih. Kalau tak, pasti mendatar. Larat ke nak gembira je sepanjang hidup? Larat ke nak sedih je sepanjang hidup? Kan bila diselang seli setiap perasaan tu, menimbulkan suasana yang indah (ape lah yang aku merepek nih).

Pendek citer, aku tunggu ko tukar kete Janggut. Takkan nak kalah ngan kawan-kawan yang lain? Hahaha. Saje kasi bakar ini Encik. 

Biarlah apa yang orang nak bercakap tentang kita...
Pakai kereta second hand ke....
Rumah jenis apartment ke...
Tak berjalan-jalan ke luar negara ke...

Yang penting, kita hidup bahagia. Hati senang. Jiwa lapang. Baik kejar yang abadi nanti...lagi ada pekdahnya...

LOVE, ZAID...

# takde la gaji abis bayor hutang je tiap2 bulan....adeh!!!


Friday, December 16, 2011

MEGI KETAM BISTRO

PUMPED UP KICKS by FOSTER THE PEOPLE



Megi Ketam, Kuala Dungun
 
Kesempatan yang diberikan untuk pertama kali menjejakkan kaki di PPTSB amat-amat mengujakan aku. Sering dibanding-bandingkan oleh En VP, tapi belum pernah sekalipun melihat, sekompleks mana loji ini. Dua hari di sana, seperti anak kampung yang baru pertama kali masuk ke kota. Semuanya aku tanya. Menarik, walaupun sedang musim tengkujuh.

Alhamdulillah, ada buddy yang sudi bawak aku (walaupun aku yang drive kete aku sendiri), gi makan kat tempat yang special sikit la. Ye la, dah jauh-jauh datang, takkan nak makan pizza je.

Megi Ketam. Aku suprised with this menu. Sebab member aku ni ajak gi makan ketam. Sampai-sampai, megi ketam rupanya. Aku dah bajet-bajet makan seafood during musim tengkujuh. Rupanya megi kari + ketam. Super sedap!!!

LOVE, ZAID....

# Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri...

Monday, December 12, 2011

PENGALAMAN PERTAMA

YOU & I by LADY GAGA

Gerhana Bulan 10 November 2011 (photo from LIM)

Bercerita tentang pengalaman pertama. Bukan pengalaman pertama mendapat kerja. Juga bukan pengalaman pertama membeli kereta baru. Mahupun pengalaman pertama memiliki seunit rumah sendiri. Tapi pengalaman pertama belajar bersolat.

Segar lagi ujian PAFA masa di sekolah rendah. Paling gentar adalah ujian SOLAT, Maklumlah, masih jahil tentang solat ni. Ujian amali pulak tu. Ingat lagi tatkala giliran aku untuk diuji. Super nervous!!!Lepas rakaat kedua, nak kena duduk baca tahiyat or not? Haish, masih jahil.

Pengalaman lewat untuk solat Jumaat berjemaah. Jemaah dah naik untuk rakaat kedua. Aku dengan selamber angkat takbir dan mengejar imam untuk terus ke rakaat kedua. Haish, masih jahil bagaimana menjadi masbuk.

Ustazah pernah bertanya, antara dua khutbah, apa yang Khatib lakukan. Satu kelas terdiam. Sepanjang hidup, tak pernah tengok Khatib membaca khutbah. Ustazah memberi tahu, Khatib akan duduk seketika selesai khutbah pertama, sebelum membaca khutbah kedua. Kemudian, baru aku tengok Khatib membaca khutbah. Eh, betullah kata ustazah. Haish, masih jahil tentang selok belok solat.

Dari sehari ke sehari, belajar selok belok tentang solat. Bagaimana menjadi masbuk, di mana baru dikira rakaat ketika masbuk, solat jamak, bagaimana mengambil orang lain sebagai imam, bagaimana menyambung saf, pergerakkan untuk menyempurnakan saf dan sebagainya lagi.

Kuncinya, ILMU....

Aku masih lagi menuntut ILMU tentang ISLAM, yang mana aku leka setelah dinamakan degan BIN MOHAMAD ZALI. Islam keturunan.

LOVE, ZAID...

# Gembira bila teman dah mula kenal tikar sejadah. Allah The Greatest!!!