LOCATION : HOT BEDROOM
SONG : KISAH HATI
Aku tak dapat nak tidur. Jam dah 1.38 am. Esok dah la ada presentation penting. Kabut ah mcm nih. Ape kes tak dapat tidor pun tak pasti la pulak. Maybe sebab dah layan "The Italian Job" jap tadi kot. Teringat lak lagu Alyah nih. Tadi terdengar lagu ni kat tv. Layan jap. Bajet2 leh tido la, tapi ampes je. End up tulis something kat blog.
Lama tak pi tempat menimba ilmu, tempat buat kawan paling ramai, dan tempat bertemu cinta. Aiseh..Uwek!!! Ada kesempatan, tapi sesuatu yang tak dirancang, Plan nak pi makan korean food kat Wisma Pantai, tapi dapat lak idea nak pi makan kat Sahur Cafe yang dah lama tak jengah. Ape lagi, terimbau la kenangan lama gue. Hahaha. Kenangan Student Life. Pergh, sungguh tak macho aku dulu. Sekarang ada la macho sket. Pergh statement berani mati.
Alang2 aku dah sampai awal kat tempat ni, pusing2 la semua kawasan dulu yang pernah aku lepak2. Yang kat atas ni pandangan belakang tempat org main caklempong. Kat fakulti lama aku. Sempoi bukan. Warna dah baru. Dulu, 5 tahun lepas, warna kuning cair je. Aku park first motor aku kat sini la. Suzuki (serius aku lupa model motor aku).
Aha, ni lah tempat aku membasahkan diri aku ngan raket pinjam. Aku ngan si dak Daud. Selalu gak aku layan main sport nih. Tapi dulu, selamber la main tak ikut rules. Sebenarnya, rules pun tak tahu. Janji dapat peluh, ok la kot.
Ni tempat paling best. Selalu budak2 sport science je yang datang sini. Tapi aku bajet nak tough-kan badan dulu. So aku pun slalu gak singgah sini. Time2 rajin ah. Petang2, kalu takde kuliah, sini la tempat aku lepak. Tapi, sampai graduate, tak tough2 pun. Haish.
Sini tempat kenangan paling best. Ni starting point utk first UM Explorace. Sini pun jugak tempat aku lepak2 time terlebih rajin. Ramai gak student datang sini. Tak sangka lak ramai yang minat berenang. Teringat si Buya & Nami yang datang utk swim kat sini, bajet2 nak training before masuk Explorace.
Hoyeh. Tempat ni dah berubah. Dulu ada kerusi kat sini. Ape lagi, tempat student2 dating la. Tunggu marka turun dari block pompuan ke. Tempat laluan utama gak nak ke dining hall. Hehehe. Sini banyak kenangan nih. Sini la tempat declared. OK, cukup takat tu....
The most happening place kat tempat aku blajau. Tiap2 malam sure penuh punya. Siap leh utang lagi. Nak nasi bajet pun ada. Hahaha. Tempat kumpul ramai2 bila dah tensi studi. Takde yang berubah. Tokei pun sama lagik. Sib baik kenal lagi ngan gua. Favorite food kat sini, Nasi Goreng USA. Aku bagi 5 bintang.
Ni lah kenangan-kenangan yang akan slalu dirindui oleh bekas-bekas pelajar. Tak kira pelajar sekolah berasrama, pelajar kolej, mahu pun pelajar universiti. Bila dah mula kerja, rutin harian 8 sampai 5 petang, ramai yang rindu nak balik zaman belajar. Memang zaman belajar takde duit sendiri. Tunggu duit scholar je. Tapi, time ni la paling enjoy. Terima Kasih UNIVERSITI MALAYA....
# ada student cakap masa aku nak balik, kenapa "diorang" datang makan kereta asing-asing...hehehe. Jalan lain-lain dik
LOVE, ZAID...