Saturday, September 5, 2009

bukit larut - aku tawan

aku rasa dah dekat 9 tahun aku tak jejak ke puncak bukit larut ni. tgh2 kepala serabut kerja, aku buat keputusan utk amik cuti, balik kg, dan salah satu slot hari cuti aku, akan aku isi dgn memanjat bukit larut (maxwell hill).
rindu nak dekat dgn alam semula jadi. tepat jam 9am, aku sampai kat kaki bukit larut.perut lapar, melantak nasi lemak dulu kat kaki bukit. nyaman gila. sejuk je. perjalanan ke puncak mengambil masa 4jam berjalan kaki. bermandi peluh la aku hari tu.tapi puas.mula2 dah nak give up.sbb terasa sgt tinggi.stamina pun dah tak sehebat dulu.hehe.
perjalanan turun pulak amik masa 3 jam. masa tu lutut ni memang dah mengeletar dah.ye la, dah lama tak buat sukan2 gila ni. tiba2 mengejut naik maxwell hill.tapi seronok dapat naik ke puncak nye.
beberapa gambar aku amik utk kenangan setelah 9 thn aku lupakan bukit larut. lepas turun bukit larut, gi mandi air terjun lak.best2.

kerusi kayu berhampiran banglo dahlia

bunga raya (dah lama aku tak tgk bunga raya)


bunga raya lagi


bunga raya dari posisi berbeza


jambatan gantung. selepas 9thn, ni adalah benda baru di atas sana.

ditambah pula ngan menara pandang nih (pun baru)

aku sempat ambik gambar family ni (di puncak)

aku di ketinggian 1,036 meter

putik yg gugur

cerobong asap sebuah banglo

permandangan taiping dari puncak

cafe bukit larut



kita akan rasa sgt seronok bila tgh2 sibuk dan serabut dgn macam2 masalah kerja, tiba2 dapat break dan dekatkan diri dgn alam. hilang sekejap masalah yg ada. insyaAllah, aku akan ke bukit larut lagik.

4 comments:

  1. Terbaik. Aku pernah muntah di atas setelah 2 jam mendaki. Sungguh nostalgia. Turun naik 4 wheel.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Disebabkan banyak bunga raya, aku nak ambik kesempatan nak wish selamat hari raya. 0-0 kalau terngutuk dlm hati (eq: poyo je mamat ni, cas bagus je dia ni, etc etc)

    Selamat semua bila balik kg nanti

    //AF

    ReplyDelete
  3. berada dimanakah bukit larut itu?
    karena dalam waktu dekat ini, aku hendak berlibur ke Malaysia.

    thnx before

    :)

    ReplyDelete