27 jan 2009 - sebelum jam 1246 petang -
aku sebenarnya sedang memandu dari taiping ke melaka. aku baru melepasi ipoh.sedang asyik memandu selepas mengisi minyak penuh di r&r simpang pulai.sambil mengunyah gula2 getah.telinga dialunkan dengan muzik2 yang asyik dari corong radio - sinar FM.ditemani oleh kawan yang lebih 12 tahun aku kenal - siapa lagi - fendi (tatkala ni koala mesti sedang geleng kepala).
tepat 1246 petang -
hp aku berlagu.ada sms masuk rupanya. aku sedang dlm kelajuan 110km/jam. aku angkat sedikit tapat kaki yang sedang di atas pemijak minyak. kereta meluncur sedikit perlahan. aku angkat hp yang berada di kanan aku. di daun pintu kereta. tertera nama seseorg yang paling istimewa dalam hidup aku. masih belum ada apa2 yang terlintas di minda aku ketika melihat nama di skrin hp. aku trs membaca sms.belum sempat aku menghabiskan bacaan, aku tersenyum lebar dan memberi hp kepada fendi utk membacanya.fendi tersenyum, seperti aku tersenyum sekejap tadi.
"Salam..ape kbr?sy dok mgemas2 then trjmpa r mcm2 kngn2 lame dat memorize me of u..hope u in gud health n hapy slalu.hehe"
senyuman aku mencecah telinga. hati ku berbunga. terkesima beberapa ketika. memandu sambil tersenyum. kenangan lama kembali mekar dlm ingatan. gambar yang aku letak diruang tamu pertama yang terlintas di kotak pemikiran.tiba2...
fendi mencelah - "balas la sms tu..."
ringkas aku jawap - " aku terkejut, kejap lagi aku balas"
beberapa minit berlalu sambil aku diusik fendi. budak ni mmg nak kena ngan aku. skali lagi dia memaksa aku membalas sms tadi.
aku tekan papan kekunci di hp. siap.aku tekan butang hantar.
"ape ko balas" - soal fendi
"simpan la elok2.mana tau jodoh kita panjang" - aku jawap
"mendalam maksud ko. ko mmg mat romeo la zaid..." - balas fendi
aku tunggu ape agak2 nye sms akan dihantar balik.skali lagi sms masuk. aku tekan baca.
"He2..tajam je mksd.k u tke cre..nnt mai kl roger2 r bleh lepak minum teh tarik"
kereta terus meluncur.aku teruskan perjalanan aku ke destinasi yang telah dirancang dengan hati yang berbunga.
ke bintang!!!
wow wow wow!!best!!
ReplyDeleteaku tau cmne senyum smpi telinge tu? haha!
p/s: tp knape kau garang mcm bawang lg? bukan patut good mood at least sebulan? ahahah!
hehe.. dalam tuu..
ReplyDelete