Thursday, December 31, 2009

= > Entry terakhir tahun 2009

ni adalah entri terakhir utk tahun 2009. aku sedang demam teruk dari hari isnin, sehingga la mlm ni. tak kebah lagi demam aku ni. selamat tinggal 2009.

ke bintang!!!

Monday, December 21, 2009

= > biskut kering & air milo

inilah akibatnye kalu tak reti nak tido awal time2 kerja. mata bagai nak terkeluar sepanjang hari.
dah la over the weekend sgt penat. penuh ngan mcm2 activities (plural). hehehe. activity sehat ye kawan2. bukan yg tak sehat. dari KLCC, ke Shah Alam, kemudian ke ALAMANDA, kemudian ke Cheras. tak berhenti di situ, sambung ke Seremban, Kemudian Senawan, dan mlm smlm ke Tmn Botani Putrajaya. penhujungnya, Paya Rumput Indah. tu pun tak reti tido. layan bola dulu.kakakakaka.
maka impak nye pagi ini baru terasa. jam tepat pukul 1030am, aku dah give up kerja. mata sgt mengantuk. masa berlalu sgt perlahan. tunggu, punya tunggu, punya tunggu (sambil2 tu buka fb). aku bancuh nestum. nestum terasa tawar. kemudian jam menunjukkan tepat pukul 1pm. aku terus lelapkan mata. hehehe.
tepat jam 2pm, terus terjaga. perut lapar. mengantuk masih terasa. gi solat, balik bancuh milo. cicah biskut kering. masyuk. siap org lain terliur tgk aku makan. ahhaha.
kesimpulan cerita ini. tido la awal kalu hari kerja. bajet nak balik awal hari ni. GM ajak discuss something. end up, mata sogar sampai tadi....skrg ni pun dah tak larat dah ni. nak solat then rilek2 rehatkan mata. baru leh masuk contest inner shine..hehehe.
ke bintang weh!!!!

= > Event in December 2009

ni test shoot before start with the betul2 punya shoot. hahaha. amik gambar sign rest room. ok la tu. this is actually for Finance Forum 2009 nye event. had a great time working with a great team. eventhough really tired, but i had a great experience. tapi next time nak join as committee, pikir bnyk kali gak la. especially jauh2 nih.hehe.

tapi this year pun bkn sbb aku sukarela nak jadi committee. secara terhormat aku dianugerahkan utk menjadi emcee for the dinners. adeh...lomah den. mcm biasa la, tgh2 bz2 kerja ni, kena cramp time utk siapkan text dll. Alhamdulillah, everything goes really well. tugas aku pun tak la berat sgt. cuma jadi emcee. masa ni la aku blajar nak sebut mknan2 french. gilo terbelit lidah den. hahahaha.

sbgi kenang2an, aku letak la 2 3 keping pix yg sempat di snap masa siang hari. masa mlm hari kena la tunggu photo dr the real camera man. this is only on the last day. masa ni je terasa nak bawak slr. dinner time sure la aku tak bawak sbb aku kat atas pentas.

kesimpulannye, FF09 rowk!!!!

with Eugene...nak gak paksa aku balik KL..tok sey kawe

the emcees: Eugene, Wati, Zarina & Me

with org kuat FF09: Ibu Rini - you rowk!!!!
ke bintang weh!!!!

Friday, December 18, 2009

rasa bosan

tiba2 gua rasa bosan hari ni.tak tau nak buat ape.petang2 sket nak gi rmh abg gua.bg kurang sket kebosanan...

ke bintang!!!

Sunday, December 13, 2009

Pavilion negeri terengganu


lepas selesai tanggung jawab aku di MITC lebih kurang pukul 5 petang smlm, aku amik leisure time utk berjln2 dalam MITC. ada showcase barang2 kraft tgn dan makanan dari setiap negeri. aku tersinggah di pavilion negeri terengganu..hasil nya? korg baca la kat bawah ni...


aku mendapat beberapa soalan maut dari org ganu.ketiak berpeluh gak la nak menjawab.sbb vocab tak khatam lagi. cuba korg try.


soalan2nya:


Perkataan “ Dok Pah” merujuk kepada
Tak Faham
Tak Sedap
Tak Larat
Tak Lulus


‘Tenong’ adalah sejenis?
Kenderaan
Sayur
Kuih
Bekas


“Mu la yang saloh, orang suruh wak takdi die xmboh wak”, Perkataan Mu la yang saloh sesuai digantikan dengan?
Pahtu
Dok Tahu
Dekpong
Guane

Frasa “Woh smete” membawa maksud,
Wah jahatnya
Buat tak peduli
Buah Manggis
Wah besarnya


Perkataan “ Sekke” dalam frasa “ Dok sekke” memberi maksud,
Sangkakala
Seekers
Sangka
Saka


Ayat mana yang sesuai jika dialih loghat ke Terengganu, “ Penat sungguh kerja hari ni”
Penak benor keje lening
Letihsang ‘nggoh keje hari ning
Letih mbeng ‘nggoh keje hari ning
Letih perik kite keje hari ning

Perkataan berikut memberi makna ‘Tipu’ kecuali
Mussang
Plawok
Lebong
Nawwok


Apakah maksud ‘Tunggu Stor’
Jaga line
Tunggu pintu stor
Rileks dulu
Tunggu kejap

“Ali membaling batu kearah sekumpulan burung itu” Perkataan ‘Baling’ boleh digantikan dengan perkataan berikut kecuali;
Stik batu
Tago Batu
Plekong Batu
Tang ngo batu

Maksud perkataan ‘Kerahsang’
Kaku & tidak bergerak
Terangsang
Kejur
Keras amat sangat


“Doh wakpe yang Matli netting smacang tu.” Ayat ini menerangkan Mat Ali yang …..
Melompat
Berlari
Membaiki Net
Terlalu kurus sangat


“ Duk atah lassor” memperihalkan perilaku yang sedang berada di_______
Kerusi
Dapur
Beranda
Lantai


Orang yang suka membawa awek mereka kemana-mana akan dipanggil sebagai _____
Cedding
Ngerrek
Dok malu
Nette


Apakah beza Merang ,Marang dan Merghang?
Haiwan,Tempat,Tempat
Tempat,Tempat,Haiwan
Tempat ,Haiwan,Tempat
Haiwan,tempat,Haiwan

Seseorang yang nak menghisap rokok memerlukan ______ untuk menyalakan api
Tenong
Mecceh
Bocong
Brekdih


“ Dok leh lepe” membawa maksud?
Tak boleh lepak
Tak boleh dinilai
Tak boleh diharap
Tak leh cakap sebarang

Apakah sambungan bagi frasa Komang?
Koman skrudrebar
Komang playar
Komang stangguk
Komang Spanar


"Mung nok kene enjja?" Apakah maksud enjja?
Tampar
Tumbuk
Terajang
Marah


Buruk_____
Khekkong
Lepppok
Kohong
Nayyang

Cerlong, membawa maksud?
Menegur dengan kasar
Memandang dengan pandangan sinis
Memandang dengan pandangan garang dan kasar
Menghidu dengan enak


“ Woh…jangang wak gittu…settok aku..” ..Apa maksud settok?
Terkejut
Hilang Sabar
Marah
Berdebar kuat


Apakah itu Ogak-ogak?
Sayuran
Buahan
Sayur Ulam
Serangga/ulat


Perkataan Tubek membawa erti?
Tak tentu pasal
Masuk
Lalu Lalang
Keluar

Permukaan yang rata
Lewo
Leweh
Smabo
Lese

“Jerebok” Pilih ayat yang sesuai utk maksud jerebok…
Ali memakai kasut berjenama Jerebok
Ali jerebok dengan lembaga
Ali jatuh jerebok dari atas pokok
Ali berjerebok kedalam sungai


Kata ganda bagi Sakit?
Sakit tayya
Sakit gelekek
Sakit puih
Sakit nayyang


Maksud perkataan "Dok Imboh"
Tak Untung
Tak merasa
Tak cukup
Tak berbaloi


Rasa-rasa macam nak pitam je aku ni....ayat yang paling Tranung...
Rasse nok pitang starang baroh
Perasaang nok pitang aku ni
Wassaang nok pesang starang baroh aku ni...


Ali tiba-tiba tertidur....'Tertidu'r sesuai digantikan dengan perkataan?
Khellak
Ngekkeng
Khembek
Nembbo


perkataan Glewa'k menerangkan perihal....
Seseorang yang sedang membuat lawak
Seseorang yang terbatuk-batuk
Seseorang yang sedang menggeliat-geliat
Seseorang yang termuntah
tapi sebenarnya, aku dapat soklan2 ni dari minah depan aku kat opis. dia mmg suke bg aku benda2 yg berkait rapat ngan ganu. aku pun mmg suke cakap ganu.
credit: mek saroh....

Saturday, November 14, 2009

= > kenangan dulu2




browsing through folders and files dlm pc baru ni, tiba2 jumpa gambar lama with schoolmates. ni raya tahun 2007 kalu tak silap aku la. aku pun memory dah tak bape bagus dah. raya masa ni ramai berkumpul. skrg ni ramai yg dah kawin, susah la sket nak berkumpul. kalu jumpa pun, singgah2 beraya rmh kawan2 je. tp still ok.

kenangan zaman sekolah menengah. cepatnye masa passed by. 10 thn dulu, semua budak2 lagik. skrg?...aku je yg macam budak2 lagik. hahaha

= > Budget Awayday - Thisthle

it has been a very long and tough journey for both 3 of us. but i not really sure about the 2 girls. for me, yes.Alhamdulillah, i managed to go through all the challenges. for last 3 weeks, had rough bedtime, unnecessary pressure, unexpected additional tasks, in the same time. aiseh!!! but, all the effort was paid off. we had an awesome dinner on the last night.

just to share with everyone, here are the faces that 80% relief from the pressure.

credit: sayra for the nice photo

Friday, September 25, 2009

= > raya 2009

sedikit sebanyak gambar utk raya 2009. raya yg paling jimat.haha. baju raya 2 tahun lepas nye. takde beli ape2 la utk tahun ni. kecuali sunglass baru tu jeh. hahaha





ke bintang!!!

= > wish list last year

esok pagi2 aku akan bergerak balik ke melaka.dah 10 hari bercuti. balik2 je ke opis ni, akana mula la bz yg amat...haish. mengeluh jap. tapi kalu tak kerja, mcm ne nak cari sesuap nasi kan? hehehe.

well, sambil2 ada sedikit masa lagi yg terluang sebelum aku balik ni (beg2 semua dah ready), aku check balik wish list aku utk this year. bulan 12 tahun lepas aku buat wish list nih.

1. new car - well, i have to postpone this one. next year insyaAllah
2. PSP - dah dapat pun...yeay!!!
3. OMNIA - well, aku tak beli omnia, tapi dapat iphone...kira ok bangat deh..
4. ipod touch - well, iphone dah ada....
5. viao - tgh usahakan nih.tapi mengikut planning utk tax, next year beli lebih baik..dapat deduction...

tu je...

ke bintang!!!

Saturday, September 5, 2009

bukit larut - aku tawan

aku rasa dah dekat 9 tahun aku tak jejak ke puncak bukit larut ni. tgh2 kepala serabut kerja, aku buat keputusan utk amik cuti, balik kg, dan salah satu slot hari cuti aku, akan aku isi dgn memanjat bukit larut (maxwell hill).
rindu nak dekat dgn alam semula jadi. tepat jam 9am, aku sampai kat kaki bukit larut.perut lapar, melantak nasi lemak dulu kat kaki bukit. nyaman gila. sejuk je. perjalanan ke puncak mengambil masa 4jam berjalan kaki. bermandi peluh la aku hari tu.tapi puas.mula2 dah nak give up.sbb terasa sgt tinggi.stamina pun dah tak sehebat dulu.hehe.
perjalanan turun pulak amik masa 3 jam. masa tu lutut ni memang dah mengeletar dah.ye la, dah lama tak buat sukan2 gila ni. tiba2 mengejut naik maxwell hill.tapi seronok dapat naik ke puncak nye.
beberapa gambar aku amik utk kenangan setelah 9 thn aku lupakan bukit larut. lepas turun bukit larut, gi mandi air terjun lak.best2.

kerusi kayu berhampiran banglo dahlia

bunga raya (dah lama aku tak tgk bunga raya)


bunga raya lagi


bunga raya dari posisi berbeza


jambatan gantung. selepas 9thn, ni adalah benda baru di atas sana.

ditambah pula ngan menara pandang nih (pun baru)

aku sempat ambik gambar family ni (di puncak)

aku di ketinggian 1,036 meter

putik yg gugur

cerobong asap sebuah banglo

permandangan taiping dari puncak

cafe bukit larut



kita akan rasa sgt seronok bila tgh2 sibuk dan serabut dgn macam2 masalah kerja, tiba2 dapat break dan dekatkan diri dgn alam. hilang sekejap masalah yg ada. insyaAllah, aku akan ke bukit larut lagik.

Saturday, August 29, 2009

= > update

dah lama aku tinggalkan blog ni tanpa sebarang update. sian blog aku ni. nak kata sibuk, tak la sgt. tapi kederat nak menulis takde langsung. balik rmh rehat2 tgk tv. tertido.

bersenam pun dah jauh skali. dulu ada gak main futsal seminggu skali. rasanya dah dekat 3 bulan takde futsal. ada yg injured, ada yg bz. biasa la tu. perut aku pun dah boroi. aiyak!!!!

skrg pun dah masuk bulan posa. hari ni dah hari ke 8 ramadhan. cepat masa berlalu. rasa baru semalam je satu ramadhan. alhamdulillah, ramadhan kali ni terisi dgn sempurna (or hampir sempurna). hopefully aku consistent. amin (doakan aku ye kawan2).

mcm2 perkara yg dah terjadi. mcm2 kesah. kisah aku tak dapat gi berkayak kat sg pahang (sedih siak). tapi sib baik ada org ajak gi teluk chempedak (yippie). aku rasa percutian ke tC ni best amat. dah la gi ngan kawan2 yg sempoi abes. best2!!! next time kita gi vacat lagik k...


ni gambar aku kat TC...bak kata koala "jgn amik gambar kat pool time puasa.."


credit: feisal for being my CMan

Tuesday, July 14, 2009

= > botak




boring & aku terus je botakkan kepala. kasi fresh sket.but this time around, not that short as before la.hehehe

Sunday, June 7, 2009

= > bad day







6/6/2009 - aku dah plan dan berazam dari hari jumaat (5/6/09) yang hari sabtu aku akan pegi mendapatkan RAM DDR1 aku kat bukit beruang. pagi2 dah bangun. siap2 dan tepat jam 10am, aku bergerak ke lokasi, bukit beruang. tujuan: mendapatkan 1gb ram ddR1.
perjalanan dari paya rumput indah tenang. tiba di bukit beruang, hujan mulai turun. makin lebat. hasilnya kecewa.sbb semua kedai tutup.aku terlupa.besday agong pada hari tu.di ujii lagik.huhu.pressure.hari jumaat cuti takmo gi beli.bukan takmo, tapi kena datang opis kerja.lewat 9pm baru aku balik.sah2 kedai pun dah tutup.
aku cari alternative lain. bergerak ke mydin.pasaraya baru yang gah.aku ingat lagi, ada satu kedai komputer kat situ.parking keta, hujan makin lebat.sempat aku lari masuk ke pasaraya.basah sedikit. menuju ke kedai yang dah di target dari tadi.tapi hampa. "ddr1 ram takde la bang, kalu ada pun 512mb pun dah seratus lebih.." aku blah.dalam hati "dah takde,mcm2 alasan lak dia bg..."
hujan lebat kat luar mydin.tunggu sat.agak2 slow sket.aku pecut.'drop' - kunci kereta terlepas dari tangan. "Allah.." terpacul dari mulut. baik lak aku. slalunye aku carut. aku berlari dapatkan kunci. kemudian masuk kereta. aku nak ke destinasi berikutnya. Melaka Mall. dengan harapan situ ada kedai komputer. perjalanan agak jauh. teruskan perjalanan. kereta makin bnyk.hujan makin lebat. sesampai di MBO, hujan dah kurang sket. aku turun.pusing2 dalam MBO.tapi aku dikecewakan skali lagik. mencari lokasi terakhir. Mahkota Parade.
meneruskan perjalanan dengan perasaan kecewa teramat. perjalanan makin jauh terasa. hampir 2 jam mencari 1 DDR1 Ram. sampai di simpang depan hospital besar melaka.aku terus. meluncur kereta aku pantas. tiba2 kereta depan aku berenti.aku tengah laju. aku tekan break.kereta aku masih meluncur sbb tayar dah botak. dlm hati "Ya Allah, abis la aku langgar kereta depan ni..."...bump!!!!!berdentum. kereta aku bergegar. kereta depan meluncur biasa.mcm takde ape2 yang berlaku. rupa2nya aku yang dilanggar.berkecamuk otak.dah la cari ram tak dapat.dapat hadiah lain lak....hish...
aku turun dari kereta. sah, aku dilanggar.
kerosakan yang dialami:
1. bumper belakang pecah
2. absorber kiri dan kanan patah
3. lampu belakang kiri pecah
4. exhaust bengkok & patah
5. chasis lari
6. bonet tak leh buka
aku sedih.....
ke bintang!!!
credit: abg mat yang datang tolong aku + abg aku

Wednesday, May 20, 2009

= > bosan - fuck

= > entry faizal tahir




lepas tgk ulangan final AF7 yang tak bape nak gempaq, aku rasa nak cari lagi "bencinta" nyanyian Akim. tak silap aku lagu tu lagu faizal tahir.aku ada album FT, tapi takde la pulak lagu Bencinta dalam album tu. ye la, album yang aku ada tu "Aku.Kamu.Muzik".

ape lagi, aku google lagu "Bencinta". dah bnyk entry2 kat blog2 lain pasal lagu best nih. tapi most of entry pasal bencinta ni tribute utk diri sendiri. tapi aku jumpa entry kat gua.com.my yang bg tau agak detail pasal lagu ni. lirik hasil faizal tahir sendiri, muzik lak dari audi mok & faizal tahir. well, sentuhan 2 org yang mmg dasyat. lagu ni mmg best ah. music agak lain. aku rasa lagu ni akan top mcm lagu2 lain faizal tahir, sampai syurga & coba.

aku tak bape suka faizal tahir ni sbb kepoyoan dia.tapi aku ttp respect his music. new & fresh. he is a creative artist la. well dude, do your best k.

ke bintang!!!

note: aku dah tulis tadi, tapi connection problem, so kena tulis lain - hish (gambar2 kat atas tu aku amik sendiri)

credit to: gua.com.my