Tuesday, July 10, 2012

ENAM TAHUN SUDAH...

Sinar Ini
Yasin ft Maya Karin

Tak sangkat, pejam celik, pejam celik (ayat ni sangat cliche), dah exactly 5 tahun aku dah bertapak kat Melaka ni. Dah masuk 3 CEOs, 2 GMs, 3 SMs and beberapa ramai lagi lah. Dan dah beberapa kali aku rasa nak resign. Tapi takat rasa je la. Sebab belum jumpa lagi tempat yang sesuai untuk cabut lari. Mungkin kena buka bisnes sendiri baru bole lari kot. 

Dalam 5 tahun ni jugak, macam biasa la, banyak memori yang terpahat (kat mana terpahat tu tak tau la). Or better said as knowledge and experiences here, memang awesome. Sampai satu tahap tu, dah rasa macam menyampah pun ada. But, tu lah pengalaman hidup bekerjaya. Tak pernah sangka mampu survive sampai hari nih.

Tapi, tahun kelima ni bagi aku tahun paling best setakat ni lah, dan jugak tahun paling tak best sepanjang kerjaya aku. Macam la dah lama sangat kerja. Cukup takat tu. Makin lama, makin tinggi pulak tanggungjawab. Banyak gak cover kerja kawan-kawan yang bercuti lama without proper handover. Nasib la kan. Alhamdulillah, survived till now. Serius gua tak sabar tunggu orang yang dicover tu balik minggu depan. 


Dah kembali berjinak2 dengan sukan kegemaran - bot naga!
Tapi, every saturday kena travel to Putrajaya, from Melaka. Kerana minat, ku turutkan jua

Achievement paling mantap setakat ini. Berjaya bawak 2 org masuk Fun Run 7KM.
Thank you ye En Keron & Cik Kim. Next kita pi Penang pulok.

Almost Famous, sekali lagi beraksi. Tapi kecundang.
Thank you En Mail, Cik Kim & Cik Say. Kita famous sudah hari tu.

Stress-stress pun tak guna, kerja kena jalan jugak. Semua ada 24 jam sehari. Yang penting, dapatkan kawan-kawan yang mampu kita kongsi masa susah juga masa senang. Bukan mudah, tapi ada. Dan yang lagi penting, apa yang kita buat, tak perlu harapkan balasan. Sebab, Allah dah sediakan semua benda tu, cuma cepat atau lambat saya. 

EMO itu SAYA

# Life either a journey of adventures, or nothing.

Thursday, May 24, 2012

DAH TAK EMO, DAH TAK ...

International Love
Pitbull ft Chris Brown


Energy untuk berkerja di pejabat makin menjadi-jadi. Tambahan diusik oleh kawan-kawan lain.

Suasana #1
Akak A - Nanti nak duduk kat cubical mana?
Aku - Duduk tempat saya ni la kak. Nak pindah ke mana pulak nye?

Suasana #2
Akak B - Jaga-jaga, nanti korang report kat dia....
Aku - gossip liar semua ni

Suasana #3
Minah A - Apa maksud nama hang? Aku nak google kejap la...
Aku - Sila-sila....
Minah A - Pertambahan or Kelebihan. Patut lah hang over....
Aku - ????

Suasana #4
Minah B - Dia dah lain sekarang, dah tak emo dah. Dia pun dah tak kedek dah....
Aku - @#&*#&*%^$&@(*&#U()*@()*#

Well, aku tak perasan sangat dengan statement terakhir tu. Tapi tengah mandi before balik dari opis, baru aku perasan. Apa motif Minah B cakap "dia pun dah tak kedek dah..."?. Seriously, those people yang kenal aku, takkan cakap macam tu. But, aku just pelik, sebab Minah B ni dah lama kenal aku. And how come she said that about me???

Aku tak beli hati orang dengan duit. Apa yang aku buat, atas apa yang aku rasa betul. Dan aku tak perlu nak buktikan pada sesiapa, sebab nanti diorang akan tau sendiri jugak.

TYPO is my NICK

# hidup kena selalu bersangka baik...sebab nanti yang buruk diri sendiri...

Monday, May 21, 2012

HADIAH...

I Need A Doctor
Eminem

ni ape jenis punya perangai nih....

Status update aku kat FB mendapat respond dari beberapa orang. Secara jujur, aku memang agak emosi, maka aku salurkan ke FB. Bukan untuk tarik perhatian, cuma kadang-kadang, bila baca response dari kawan-kawan, aku akan sedikit lega.

Situasi 1
Ada kawan yang menjemput kita untuk hadir ke majlis resepsi dia. Dialog standard yang kita akan dapat, "Jangan lupa bawak hadiah..."

Situasi 2
Pasangan kawan baru dikurniakan seorang cahaya mata. Kita pun sms, "Tahniah...". Then kawan tadi akan balas, "Thanks...Baby mintak hadiah..."

Situasi 3
Dapat jemputan untuk 1st birthday celebration untuk anak kawan kita. Online kat FB, nampak event invitation. Kita pun click, "Birthday Baby Ryan". Kita pun click "Attend". Tiba-tiba dapat reply kat FB, jgn lupa bawak hadiah bro....

Pendapat aku:
Secara sejujur-jujurnya, aku memang takkan bawak hadiah bila ada "standard dialog" kat atas aku dapat. So sorry, aku tak nak susahkan diri aku untuk "penuhi" permintaan orang lain. Mungkin ada yang rasa tu gurauan, tapi bukan gurauan kosong. Gurauan yang penuh harapan. Buat kenduri bukan main besar, tapi still sibuk nak mintak hadiah kawin dari kawan-kawan. Buat birthday party anak bukan main kat merata-rata, tapi untuk hadir, kena bawak hadiah jugak. 

Perlu ke nak pesan bawak hadiah? Cubalah untuk hidup tidak meminta-minta....

EMO is my MIDDLE Name...

# hanya 3 org bayi yang aku aware bole berkata2 ketika kecil - Isa binti Maryam, Bayi Masyitah & sahabat Juraij...
# ada sahabat cakap, bila aku tak emo, tak best....haih...