Tuesday, July 10, 2012

ENAM TAHUN SUDAH...

Sinar Ini
Yasin ft Maya Karin

Tak sangkat, pejam celik, pejam celik (ayat ni sangat cliche), dah exactly 5 tahun aku dah bertapak kat Melaka ni. Dah masuk 3 CEOs, 2 GMs, 3 SMs and beberapa ramai lagi lah. Dan dah beberapa kali aku rasa nak resign. Tapi takat rasa je la. Sebab belum jumpa lagi tempat yang sesuai untuk cabut lari. Mungkin kena buka bisnes sendiri baru bole lari kot. 

Dalam 5 tahun ni jugak, macam biasa la, banyak memori yang terpahat (kat mana terpahat tu tak tau la). Or better said as knowledge and experiences here, memang awesome. Sampai satu tahap tu, dah rasa macam menyampah pun ada. But, tu lah pengalaman hidup bekerjaya. Tak pernah sangka mampu survive sampai hari nih.

Tapi, tahun kelima ni bagi aku tahun paling best setakat ni lah, dan jugak tahun paling tak best sepanjang kerjaya aku. Macam la dah lama sangat kerja. Cukup takat tu. Makin lama, makin tinggi pulak tanggungjawab. Banyak gak cover kerja kawan-kawan yang bercuti lama without proper handover. Nasib la kan. Alhamdulillah, survived till now. Serius gua tak sabar tunggu orang yang dicover tu balik minggu depan. 


Dah kembali berjinak2 dengan sukan kegemaran - bot naga!
Tapi, every saturday kena travel to Putrajaya, from Melaka. Kerana minat, ku turutkan jua

Achievement paling mantap setakat ini. Berjaya bawak 2 org masuk Fun Run 7KM.
Thank you ye En Keron & Cik Kim. Next kita pi Penang pulok.

Almost Famous, sekali lagi beraksi. Tapi kecundang.
Thank you En Mail, Cik Kim & Cik Say. Kita famous sudah hari tu.

Stress-stress pun tak guna, kerja kena jalan jugak. Semua ada 24 jam sehari. Yang penting, dapatkan kawan-kawan yang mampu kita kongsi masa susah juga masa senang. Bukan mudah, tapi ada. Dan yang lagi penting, apa yang kita buat, tak perlu harapkan balasan. Sebab, Allah dah sediakan semua benda tu, cuma cepat atau lambat saya. 

EMO itu SAYA

# Life either a journey of adventures, or nothing.

No comments:

Post a Comment