Saturday, January 7, 2012

PILIHAN MASING-MASING

KU PINANG KAU DENGAN BISMILLAH by UNGU & ROSSA

First Run for 2012
Terasa lama pulak minggu ni nak menjengah ke hari minggu. Perlahan je masa berlalu. Dan untuk 2 hari berturut-turut, balik lepas pukul 8pm dari opis. Juga baju sukan yang dibawa hari ni, tetap kering dalam kereta. Gara-gara menunggu En Boss sampai ke opis untuk review monthly report.

Terlepas peluang keemasan untuk hang out dengan kawan-kawan yang fabulous & famous. Rasanya semalam diorg gi makan kat Fish Shop. Entah, aku pun tak sure sangat. Banyak nau restoran pelik kat sini. Hari ni lak, dengan late invitation, mbr ajak gi lepak-lepak starbucks JJ. Aku dengan bahagia dan bersungguh-sungguh confirmkan since when starbuck ada buka kat JJ. Ternyata, dah lama aku tak gi town. Bukan apa, sangat la takde kederat nak redah traffic light yang berlambak untuk sampai ke town, jugak drivers yang slow sekitar bandar ni. 

Next time la kot, baru nak lepak ngan kawan-kawan. Salah pilih rehat di rumah berbanding ke town tu. 

Pilihan masing-masing...

LOVE, ZAID...


# somehow, hari ni dapat lagik soalan cepu cemas...adeh

KAHWIN

Love The Way You Lide
Eminem Ft. Rihana

NIKMAT TUHAN YANG MANA KAU DUSTAKAN - AR RAHMAN

Soalan yang berlainan tapi masih membawa maksud atau pun makna yang sama. 

"Bila nak merasa makan nasi minyak?"

Masih sekitar cerita seperti semalam. Hari ini, ada pula yang bertanyakan soalan yang lain, tapi membawa erti dan tujuan yang saling tak tumpah seperti semalam. Boleh saja kalau nak makan nasi minyak, aku boleh masak. Yang pasti, bukan itu tujuan soalan.

Tak sangka, orang yang biasa macam aku, ramai juga yang ambil berat. Ambil berat dalam bahasa sopan, kalau bahasa yang kurang enak, jaga tepi kain orang. Macam biasa, aku tukarkan ion-ion negatif tu kepada ion-ion positive. Hati tak runsing, otak tak serabut.

Bila sudah sampai level macam ni, aku takde sedikit rasa pun nak kawin. Buat masa ini, aku rasa ok je hidup sorang-sorang. Salah ke kalau tak berkahwin? Takkan nak kawin sebab orang asyik bertanya. Pressure dari masyarakat ni takkan habis. Bila dah berkahwin, akan ada pulak yang sibuk bertanya bila nak ada anak. Dah ada satu, ada pulak nanti yang bertanya bila pulak nak dapat yang kedua. Kalau hidup nak puaskan hati orang lain, yang tak pernah pun bagi apa-apa pada aku, memang tak larat la nak kejar.

Apa-apa pun, aku nak berterima kasih pada kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang yang tak putus-putus nak carikan jodoh untuk aku. Ramai yang ikhlas nak tolong, walaupun ada segelintir ada kepentingan sendiri. Maaf, saya tak rasa untuk jatuh cinta, atau berkahwin buat masa ni.

LOVE, ZAID


# Cinta: Rahsia Allah....

Friday, January 6, 2012

MEMILIH SANGAT NI!!!

A Thousan Years
Christina Perri

TEMAN SETIA
Credit to SN Khamis
Lama ambil masa untuk diri sendiri dalam keadaan yang sangat waras, Sudah sampai masa yang elok untuk meluahkan sesuatu.

Soalan kegemaran orang yang kenal dengan aku (kecuali family members):

" Bila nak kawin ni...?"

Penat nak jawab soalan macam nih. Dalam masa yang sama, terasa jugak apasal la diorang ni sangat busy body pasal aku. Tapi aku cuba shift kan pemikiran-pemikiran yang negative tu ke positive. Maybe diorang concern pasal aku. Or, mungkin jugak diorang ada calon untuk aku. Sekadar untuk menenangkan diri dan menerbalikkan aura negative dalam diri. Aiseh!

Bila kita jawab soalan pertama tadi, akan terpacul pulak soalan kedua. Yang pada aku, lebih kepada JUDGEMENT!!! (tanda seruan menandakan marah...hehe).

"Memilih sangat nih..!!??"

Aduh, macam-macam perangai manusia dalam dunia ni. Tapi, dalam macam-macam bentuk perangai, ini adalah yg paling common. And dalam seumur hidup aku yang dah nak masuk 29 tahun nih, tak pernah sekali lagi pun ada penyataan ni yang aku dapat:

"BELUM SAMPAI JODOH LA TU...."

Malangnya, pernyataan itulah yang aku selalu gunakan untuk response pada kedua-dua soalan sebelumnya.

Aku marah? Tak sama sekali. Sebabnya, hanya aku tahu apa yang orang lain tak tahu. Orang bole cakap aku memilih, tapi hanya aku yang tahu. Ada juga yang kata aku ni ego, ternyata, ego tu dah aku buang jauh-jauh. Yang amat pasti, ALLAH lebih tahu segalanya....

CINTA itu bukan milik aku

LOVE, ZAID...

# air mata menitis di tikar sejadah, kerana seorang wanita...akhirnya, tewas...