Friday, January 6, 2012

MEMILIH SANGAT NI!!!

A Thousan Years
Christina Perri

TEMAN SETIA
Credit to SN Khamis
Lama ambil masa untuk diri sendiri dalam keadaan yang sangat waras, Sudah sampai masa yang elok untuk meluahkan sesuatu.

Soalan kegemaran orang yang kenal dengan aku (kecuali family members):

" Bila nak kawin ni...?"

Penat nak jawab soalan macam nih. Dalam masa yang sama, terasa jugak apasal la diorang ni sangat busy body pasal aku. Tapi aku cuba shift kan pemikiran-pemikiran yang negative tu ke positive. Maybe diorang concern pasal aku. Or, mungkin jugak diorang ada calon untuk aku. Sekadar untuk menenangkan diri dan menerbalikkan aura negative dalam diri. Aiseh!

Bila kita jawab soalan pertama tadi, akan terpacul pulak soalan kedua. Yang pada aku, lebih kepada JUDGEMENT!!! (tanda seruan menandakan marah...hehe).

"Memilih sangat nih..!!??"

Aduh, macam-macam perangai manusia dalam dunia ni. Tapi, dalam macam-macam bentuk perangai, ini adalah yg paling common. And dalam seumur hidup aku yang dah nak masuk 29 tahun nih, tak pernah sekali lagi pun ada penyataan ni yang aku dapat:

"BELUM SAMPAI JODOH LA TU...."

Malangnya, pernyataan itulah yang aku selalu gunakan untuk response pada kedua-dua soalan sebelumnya.

Aku marah? Tak sama sekali. Sebabnya, hanya aku tahu apa yang orang lain tak tahu. Orang bole cakap aku memilih, tapi hanya aku yang tahu. Ada juga yang kata aku ni ego, ternyata, ego tu dah aku buang jauh-jauh. Yang amat pasti, ALLAH lebih tahu segalanya....

CINTA itu bukan milik aku

LOVE, ZAID...

# air mata menitis di tikar sejadah, kerana seorang wanita...akhirnya, tewas...

2 comments:

  1. jodoh itu rahsia tuhan~

    ReplyDelete
  2. u deserve for someone better..akn tiba detik ituw..insyaAllah

    ReplyDelete