Rumor Has It
Adele
Sekali-sekala tak berada di pejabat terasa sangat sejuk (Cool). Hampir seminggu berjaya untuk tidak berada di pejabat. Bermula dengan menghadiri forum di Langkawi, selama 4 hari, memang terbaik. Disambung dengan percutian yang telah lama dirancang bersama rakan-rakan sekerja. Amat terbaik dari biasa.
Saigon - 16042012
Belum berkesempatan untuk melawat negara-negara berhampiran. Agak sekian lama. Terakhir melawat Bandung. Baiklah, bukan melawat sangat, sebab menemani kawan untuk membeli-belah. Dan pada permulaan 2012, telah memilih untuk melawat (baiklah, membeli belah juga), di negara jiran sahaja.
Perjalanan menaiki Air Asia mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Oh iya, rakan-rakan sepejabat tidak langsung mengetahui percutian aku kali ini. Berjaya untuk tidak menghebohkannya, sehingga aku berada di HCMC. Terbaik bukan?
mencari arah kiblat |
dah nak sesat ni...rujuk peta |
Memang kurang menarik jika bercuti seorang diri. Jadi, rakan-rakan yang menemani sangat sejuk. Paling tidak, gembira bila dapat tengok kawan-kawan yang tak dapat menahan diri dari membeli belah.
peneman di hcmc |
Sudah tentu, jika melawat negara orang, ada perkara yang kita lihat kehadapan (looking forward). Pasti juga ada yang kita suka, dan kita tak suka. Macam pepatah melayu "Hujan Emas Di Negari Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri..."
tempat paling dilihat kehadapan semasa di hcmc |
kopi hajah basiroh |
kueh teow sup hajah basiroh |
nak tau sedap atau tak, kena cuba sendiri.... |
- makanan kat sana memang best - paling terbayang-bayang, Ayam Goreng Serai di Halal@Saigon
- kopi ais hajah basiroh - tak pekena sehari, memang ada yang tak kena
- kueh teow sup hajah basiroh - since berada di negara orang, why not try something local...nice woh
- tailor made shirt, pant and suit - puas hati? sangat puas hati - dan murah weh!!!
Tak suka:
- sangat sukar untuk berkomunikasi dengan orang-orang di sana - mereka bukan takat kurang fasih berbahasa ingeris, malahan ada yang tak mampu langsung
- sangat tak ramah orang-orang di sana - saya amat tak suka
- tangan akan selalu dipegang oleh peniaga-peniaga di Pasar Ben Than - nak suruh kita beli barang
- agak kotor dimerata tempat
Yang tidak akan dilupakan:
- ada seorang uncle yang menjual buah kelapa (air kelapa fresh la). tiap-tiap kali aku lalu dekat dengan dia, dia akan please aku untuk beli buah kelapa dia. ingat lagi muka dia bila nampak aku. sangat kelakar...tapi sampai sudah, aku tak beli....
- tawar menawar untuk beli kain dalam pasar Ben Than. Auntie ni sangat ramah. Dan yang pasti, aku dapat diskaun yang sangat menarik. Looking forward to meet you again Auntie...Kedai 502 kalau tak silap aku. Business card dia hilang ntah ke mana.
- ada satu kedai embroidery near Le Loi street. Auntie and Nanny yang jaga kedai ni sangat fasih berbahasa ingeris. aku sangat gembira bila dapat jumpa dengan orang tempatan yang fasih berbahasa ingeris.
- kopi ais hajah basiroh!!!! Mai sechewen....dahaga lak aku sekarang
LOVE, ZAID....
# masih tertanya-tanya, mungkinkah kerana sistem pendidikan mereka yang tak mementingkan bahasa ingeris....
# CNN, AL Jazeera, BBC ... atau TEXAS? hehehe
ape istimewanya kopi hajah basiroh!!! tu? haha.
ReplyDeletekena try baru tau...mmg OTT bro
Deletekopi hajah basiroh tu mmg sedap giler ...kaw punyer..sampai xleh tdo mlm. n kueh teow sup mmg sedap teramat..dgn meat ball n lada hitam yg besar..last day nk mkn dah abis.. :(
ReplyDelete