Gerhana Bulan 10 November 2011 (photo from LIM) |
Bercerita tentang pengalaman pertama. Bukan pengalaman pertama mendapat kerja. Juga bukan pengalaman pertama membeli kereta baru. Mahupun pengalaman pertama memiliki seunit rumah sendiri. Tapi pengalaman pertama belajar bersolat.
Segar lagi ujian PAFA masa di sekolah rendah. Paling gentar adalah ujian SOLAT, Maklumlah, masih jahil tentang solat ni. Ujian amali pulak tu. Ingat lagi tatkala giliran aku untuk diuji. Super nervous!!!Lepas rakaat kedua, nak kena duduk baca tahiyat or not? Haish, masih jahil.
Pengalaman lewat untuk solat Jumaat berjemaah. Jemaah dah naik untuk rakaat kedua. Aku dengan selamber angkat takbir dan mengejar imam untuk terus ke rakaat kedua. Haish, masih jahil bagaimana menjadi masbuk.
Ustazah pernah bertanya, antara dua khutbah, apa yang Khatib lakukan. Satu kelas terdiam. Sepanjang hidup, tak pernah tengok Khatib membaca khutbah. Ustazah memberi tahu, Khatib akan duduk seketika selesai khutbah pertama, sebelum membaca khutbah kedua. Kemudian, baru aku tengok Khatib membaca khutbah. Eh, betullah kata ustazah. Haish, masih jahil tentang selok belok solat.
Dari sehari ke sehari, belajar selok belok tentang solat. Bagaimana menjadi masbuk, di mana baru dikira rakaat ketika masbuk, solat jamak, bagaimana mengambil orang lain sebagai imam, bagaimana menyambung saf, pergerakkan untuk menyempurnakan saf dan sebagainya lagi.
Kuncinya, ILMU....
Aku masih lagi menuntut ILMU tentang ISLAM, yang mana aku leka setelah dinamakan degan BIN MOHAMAD ZALI. Islam keturunan.
LOVE, ZAID...
# Gembira bila teman dah mula kenal tikar sejadah. Allah The Greatest!!!
No comments:
Post a Comment