Tuesday, June 21, 2011

MASIH...

LOCATION : LANTAI
SONG : CINTA TERAGUNG

Penat bila fikirkan apa yang akan terjadi. Bukan mudah untuk tidak aku fikirkan. Kadang-kadang aku menyesal bila ia terlintas dalam fikiran. Inikah yang aku cari sebenarnya? Atau, cuma sekadar untuk mengikuti jejak langkah insan lain? Minggu ini aling meletihkan bagi aku. Terlalu banyak perkara untuk difikirkan dan disiapkan.

Hati yang secara sukarela...
Menerima arahan dari orang atasan...
Membantu teman yang sedang memerlukan...
Menjadi tempat untuk mengisi segala maklumat saat-saat akhir...

Berkira? Mana mungkin. Cuma keluh pada diri yang tak mampu membahagikan masa sebaik mungkin. Segalanya adalah cabaran. Cabaran pada emosi. Cabaran pada pemikiran. Cabaran pada lidah. Moga aku tabah. Atau mungkin, kurang latihan untuk menolak sesuatu. Padahnya, tanggung sendiri. Adakah yang peduli? Aku masih mengeluh rupanya...


Si dia punya menyepi. Aku kurang erti. Tepat sekali, aku bukan Seth seperti dalam drama siri Nora Elena. Aku cuma aku. Tak mampu untuk memberikan yang terbaik. Cuma aku sedang berharap, aku masih mampu terus bersabar. Entah apa keputusan yang akan aku buat nanti. 

Aku masih mengeluh....

# Adakah hanya lelaki yang perlu berusaha untuk mengekalkan CINTA...

LOVE, ZAID...

note: gambar oleh kartunis aie (aku dan sesuatu)

1 comment: