tak tahu nak tulis ape. seriously, otak tgh blur amat nih. hari tu dah bnyk kumpul2 idea nak conteng2 kat sini. oh, benarlah, ilham itu datang dari Dia. kalu dia nak bagi, anytime. aiseh.
tak lama lagik, dah start membusykan diri dengan budget cycle yang mencabar. ye, mencabar kesabaran, ketahanan mental, dengan timeline dari centre yg gile ah killer. tapi, aku ada Allah, aku ada kawan2 yg hebat utk berjuang bersama, aku ada staff2 yg rajin berusaha. moga dipermudahkan segalanya.
jap lagik nak kena mengadap En GM (aka big boss). memandangkan mbr tak mampu utk approach ini En GM, wa jugak la yg kena assist. kalu tak, keja tak jalan. hopefully takde ape2 yg sangkut la jap lagik. pikir2 balik, bila nak bole naik jadi GM nih. well, berusahalah....zaid. haha
-------------------------------
Solat Maghrib
selesai menunaikan solat sunat rawatib, tadah kedua2 tangan dan berdoa pada Dia. mohon keampuanan atas dosa2 yg telah diperlakukan dahulu. banyak nye. tak tertanggung di sana nanti. moga2 dengan rahmat Allah, jauhlah aku, kedua ibu bapa, dan seluruh keturunan, dari azab api neraka.
melangkah keluar dari surau, terlihat seorg kanak2 lelaki. umur dalam lingkungan 5 atau 6 tahun. kecik je. beliau berjalan keluar dari surau. balik ke rumah. berseorgan. dalam hati aku terdetik sambil berdoa "moga rahmat Allah akan sentiasa dengan budak nih".
ye lah, kecik2 lagik dah ke surau. tahniah pada kedua ibu bapanya. aku dulu tak berkesempatan utk memenuhi masa kanak2 dengan aktiviti macam nih. cam bila tgk citer2 melayu kat tv, kanak2, bila mlm, gi solat kat surau etc. dah tua2 cam ni, baru la .......haish...
tahniah dik..eh, tahniah nak...eh, tahniah adik la...nampak muda sket saya nih.... =P
# masa yg dah berlalu, biarkan...perbaiki masa yg ada sekarang....
No comments:
Post a Comment