Tuesday, July 17, 2012

HUJUNG MINGGU YANG JAUH...

Patahnya Sayap Malam
Massa


Dulu, masa tengah makan, Kak Rohana tegur, "Zaid makan ambil yang jauh dulu rupanya. Ni nanti mesti kawin dengan orang jauh ni..."

Memang jauh kak, tapi bukan jauh orang, jodoh yang jauh. Sampai la ni jodoh belum sampai. Jauh bebenor. Well, aku pun tak perasan gaya makan aku. Tapi lama kelamaan baru aku sedar. Lepas Kak Rohana tegur la. 




Hujung minggu yang sibuk. Teman dak daus ke ipoh untuk century ride 160km. Aku yang tengok lak rasa penat. Well, jadi driver hujung minggu. Bukan selalu. Free time macam ni, boleh la aku tolong kawan-kawan. Dah dia minat, temankan aje la. Sian lak kalau dia gi sorang-sorang. Jumpa Anuar Manan pulak tu. Haha. Tapi tak amik gambar la, sebab macam tak sure, tu dia. Dah balik hotel baru google gambar. Soheh dia.

Jauh perjalanan aku hujung minggu baru ni. Sampai KL lambat, seorang lagi kawan mintak tolong ambilkan kunci kereta dia di Putrajaya. Detour aku masa nak balik ke Melaka. Singgah Putrajaya. Hujung minggu yang letih. 

LEGA dapat tolong kawan-kawan

# just says ALHAMDULILLAH, instead YES...
# a friend invited me for a family dinner....

Thursday, July 12, 2012

EMO BERALIH ARAH

Suratan dan Takdir
Gersang


Minggu ni, Encik Boss aku ni asyik EMO je. Dia kan tau yang emo tu khas untuk aku. Mana boleh nak rampas my middle name tu. Siot je. Well, dah masuk 3 hari dia emo. Macam-macam hal la yang dia emo. Especially emails from KL office. Tapi yang semalam la paling legend. Pagi ni, awal-awal pagi dah datang kat tempat aku nak story pasal dia punya darjah emo pasal email-email semalam.

"Rilek la boss, jangan la emo pagi-pagi. Take it easy" pandai pulak aku nasihatkan Encik Boss aku nih.

"Ye la, aku emo la, Siot betol diorang ni" balas Encik Boss yang masih dalam keadaan emo lagik.

Dah, malas nak layan boss emo pagi-pagi. It is not good woh, kalau emo pagi-pagi. Nanti kacau motivasi untuk bekerja sepanjang hari.

09072012 / motivasi bekerja terganggu

0900 hrs - "Apasal inventory impact yang ko bagi ni tak sama pulak dengan report last month?" by boss

0901 hrs - "Report yang mana boss?" Aku yang dalam hati sudah gegar. Salah ke data aku bagi?

0902 hrs - "Last month dalam report number lain, ni ko bagi kat aku dah lain. Ko dah ikut procedure baru ke?" by boss

DOWN - baru pukul 9 pagi. ada lagi 8 jam sebelum pukul 5 petang!!!Macam mana nak kerja nih.

0904 hrs - Godek-godek report last month, betul je number aku bagi nih.
              - Godek-godek master file: "Aha!!!Dah jumpa..." Muka gembira sebab dah tau data aku betul

0907 hrs -  Boss lalu tepi workstation sebab nak gi toilet, aku tahan.
                 "Boss, betul la number I bagi kat you. Yang you amik last month untuk report tu bukan company 
                  level punya inventory impact. Yang I bagi tadi tu company level" muka gua senyum 
                 "Hahaha....yang ko bagi company level apasal?" senyum, lepas tu blah gi toilet

UP - Fuh Alhamdulillah lega, tak sampai 10 minit downtime aku.

EMO still my middle NAME

# soalan terakhir boss tu buat aku puashati, sbb dia ngaku dia salah walaupun dalam bentuk soalan
# ramadhan dah dekat : "Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat, maka seumpana seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain, dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain" Ibnu Huzaimah, Baihaqi & Ibnu Hibban

Wednesday, July 11, 2012

BERTAHAN, TERUS BERTAHAN...

Bunga Larangan
UG14


Lately rasa macam kena buli dengan boss-boss je. Kena arah buat itu, kena arah buat ini. Balik je rumah, otak memang total shutdown. Dah tak mampu nak layan rancangan-rancangan kat tv macam dulu. Sekarang ni dok kecoh-kecoh pasal Devaju di Kinabalu kat tv. Setakat mampu tengok preview kat youtube je. Tiz Zakiyah. I like!!!

Deviated pulak. Banyak benda la nak kena pikir lately nih. Serius letih. Larat ke nak bertahan ni. Risau meletup je. Orang kat office ni semua dah balik. Tinggal gua sorang-sorang. Sambung buat kerja untuk CEO review tomorrow. Hari ni ada makan-makan durian. Encik GM belanja staff makan. Unfortunately, aku tak bole nak join. Ada trial utk satu ekspidisi. Tak kesah sangat pun, sebab aku tengah diet sekarang nih. Haha!!!

Dan yang paling best, ada yang pergi makan-makan, walaupun kerja tak siap. Makanya, aku la yang dok kat opis ni, kena sambung kerja-kerja korang semua. Esok tak tau la apa akan jadi. 

EMO is my Middle name

# mohon dipermudahkan ujian dunia yang tak seberapa nih
# 945pm, belum solat isya'