Wednesday, September 14, 2011

BOSAN?

Listening : TIBA

Hidup ni terlalu singkat untuk penuhkan masa yang terluang dengan MERUNGUT. Kadang-kadang aku pelik dengan diri sendiri. Macam mana aku boleh rasa bosan? Banyak perkara yang mampu aku buat, tapi masih juga aku rasa bosan. 

Inilah manusia. Bunyi macam satu alasan, tapi sebenarnya menunjukkan kelemahan diri sendiri. Seronok bila dapat penuhkan masa-masa terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Contoh - Update Blog. Haha. Aku rasa tak ada benda paling berfaedah dari mengisi masa yang terluang dengan membaca. Manfaat? Pergh....! Tanya budak universiti yang exam nya esok. Perkataan mengelabah yang akan keluar "Aku tak baca lagi bab tu....". Aku pun dah lama tak sambung baca buku-buku yang bertimbun kat atas rak. Silap-silap dah berhabuk.

Ini semua ke Bhutan la nih. Nampak sangat general knowledge dah kurang. Tapi tau la Amy Winehouse tu siapa. Ni pun sebab tertengok MTVasia. Dan terhangat pasal Miss Universe Malaysia - yang ni pulak tau dari FB kawan-kawan. BTW, Bhutan tu adalah sebuah negara di kawasan Himalaya. Aku dapat tahu pun dari member je.

Waktu rehat kerja pun dah tamat. 

LOVE, ZAID....

# nak jadikan buku teman baik

Tuesday, September 13, 2011

IDUL FITRI 1432H

Listening : Rolling in The Deep


Ni adalah gambar yang aku gunakan untuk mengirim ucapan lebaran buat kawan-kawan aku untuk tahun 1432H. Gambar ni aku dah edit sikit. Sebab gambar asal gelap. Biasala, photographer still learning time nih. aka abang aku. 

Alhamdulillah, small adjustment turned this photo to a good piece. I came from those who received the wish. Ah, gambar tak penting, yang penting ucapan dalam tu. Gambar tu just nak captured attention je. Berjaya or not, aku tak sure. 

Sedikit rasa tak layak untuk beraya tahun ni. Aku rasa ramadhan aku tahun ni gagal. Ntah mana hilang semangat. Allah menguji hebat sekali. Kalau nak dibandingkan, ujian tahun lepas yang aku terima lebih hebat. Tapi, ramadhan tahun lepas lebih memberi makna bagi aku. Kita bole cakap nak bangun 10 malam terakhir,or atleast malam ganjil. Kebenarannya, kita kena mula dari awal. Bukan dari awal ramadhan je, sebaik-baiknya dari Syaa'ban. Nyesal pun tak guna, moga dipanjangkan umur untuk bertemu ramadhan yang akan datang.

LOVE, ZAID...

# apalah sangat dunia ni, kalau bukan dengan keredhaan Pencipta...

Monday, September 12, 2011

DOK MENGELUH....

Listening : Someone Like You

Urghh!!! Aku ni dah macam takde kerja lain. Dok mengeluh pasal itu, pasal ini. Tapi dalam hidup bermasyarakat dan berkawan ni, sure kadang-kadang kita akan rasa serik. Orang lain senang je mengarah itu dan ini. Aku tulis berdasarkan pengalaman aku sendiri. Lantak la apa orang nak terasa, nak cakap aku emo ke ape ke.

Situasi #1: Orang akan slalu bertanya pada aku, walaupun benda tu bukan benda yang aku buat.
Kesilapan #1: Yang aku gi layan diorang tu pasai apa?
Pengajaran #1: Kalau bukan kita yang patut jawab, tak perlu jadi postman.

Situasi #2: Orang akan cakap aku berlagak kalau aku refused something.
Kesilapan #2: Kalu yang ni, bukan salah aku la. Aku punya hak untuk terima or tolak ape yang aku rasa aku nak and ape yang aku rasa taknak.
Pengajaran #2: Mintak orang tu explain ape yg berlagak nye. Berkesan bagi aku.

Situasi #3: Ada je orang yang akan changed planned asal aku.
Kesilapan #3: Menerima dengan hati terbuka, walaupun seakan-akan terluka.
Pengajaran #3: Kena terima dengan hati yang betul-betul terbuka.

Aku masih ingat satu peristiwa masa aku tengah tunggu nak jumpa doktor kat satu klinik. One customer complaint to staff kat counter tu cakap dia kerja slow. Nak bagi ubat pun lambat. Dengan bijak staff tu respond:

"You tak tahu apa kerja I, so you jangan nak cakap suka hati you..."

Pernah tak orang perli-perli korang and cakap "Ko sibuk mengalahkan PM"? Kalau ada, guna je jawapan kat atas tu. Tapi dengan satu syarat. Satu je:

JANGAN LA JUDGE ORANG LAIN ATAS BENDA YANG SAMA JUGAK

LOVE, ZAID


# orang akan selalu cakap aku emo, tiang je yang tak emo....